Elly mazlein akui menyesal berkahwin

loading...

2-Elly-Mazlein-Akui-Menyesal-Berkahwin-j

Diceraikan ketika kandungan berusia lima bulan membuatkan Elly Mazlein menyesal dengan perkahwinan yang dibina bersama bekas suami, Azmi Hatta. Pengakuan berani Faye Kusairi mengatakan bekas suami Elly merupakan kekasihnya pula menjadikan pengalaman berumah tangga satu sejarah hitam buat Elly sehingga dirinya serik membuka hati untuk lelaki lagi.

BACA: Jaga Bekas Suami Saya Baik Baik Elly Mazlein

Serik dengan lelaki? Jawapan saya ialah sangat serik. Adakalanya saya terasa menyesal dengan perkahwinan yang saya anggap satu sejarah hitam dalam hidup saya. Buat masa ini, memang saya tidak berhajat dan tidak pernah terfikir mengenai lelaki. Cukuplah ada Sephia dan bapa saya sahaja dalam hidup ketika ini, soal lain saya ketepikan dulu. Saya dah serik

jr_banner_mobile_300x250.jpg

Detik menerima kelahirannya sangat indah tetapi detik itu jugalah yang cukup memilukan hati. Lelaki yang berjanji akan menjaga saya ketika pantang, tidak menunaikan janjinya. Dia sekadar datang menqamatkan Sephia dan hilang tidak lagi menjengah. Saya tak bersuara atas apa yang terjadi sebab tak mahu membuka aib, pekung dan kesedihan yang saya simpan

Awalnya bukan mudah mahu memujuk hati yang sangat terluka. Tapi rasanya sekarang, saya perlu bercerita tentang kebenaran kerana hak anak saya, Putri Sara Sephia yang kini berusia tujuh bulan. Cuma apa yang saya lihat, aib yang saya cuba tutup, akhirnya terbongkar satu demi satu, katanya kepada Utusan Online mengenai kisah penceraiannya sebelum ini.

Forum-Ads-.jpg

Sementara itu, Elly tidak kisah jika orang ramai memandangnya seolah meraih simpati dengan luahan hatinya itu kerana simpati itulah yang membuka pintu rezekinya kembali selepas dua tahun tidak bekerja. Untuk pengetahuan semua, Elly telah terpilih menyertai program nyanyian Gegar Vaganza musim ketiga selepas menolak tawaran itu ketika mengandung. (rkty/w)



SUMBER
Utusan Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

from Cerita sensasi tatapan umum http://ift.tt/2dKBiT7 via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...