Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor Tampil Sahkan Maksud Sebenar Nama Damia

loading...


GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dalam satu kenyataannya telah mengesahkan dia menerima permohonan pertukaran nama ‘Damia', lapor Sinar Harian.

Menurut beliau, pihaknya terpaksa meneliti mengenai nama 'Damia' berkenaan setelah dirujuk oleh Jabatan Pendaftaran Negeri  (JPN) Pulau Pinang untuk menjelaskan hal tersebut.

“Seorang yang asal namanya Nur Damia Sufiyya memohon daripada JPN untuk menukar namanya kepada Putri Nur Safiyya.

“JPN seperti kelazimannya merujuk kepada pihak kami kerana ia melibatkan hal orang Islam, melalui semakan kamus berbahasa Arab dan mendapati perkataan ‘Damia’ bermaksud tempat keluar darah iaitu مخرج الدم,” katanya.

Beliau membuat penjelasan demikian bagi menjawab isu viral di mana surat daripada Jabatan Mufti Pulau Pinang telah tersebar di laman sosial termasuk Facebook dan juga WhatsApp.

Di dalam surat yang menjadi viral berkenaan, Wan Salim yang mewakili jabatan mufti memberi penjelasan kepada JPN Pulau Pinang bahawa permohonan pertukaran nama baru berkenaan adalah perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan fitnah.

"Ia memandangkan nama sedia ada pada pemohon iaitu Damia, membawa maksud kurang baik iaitu tempat keluarnya darah."

“Saya pun tidak tahu dari mana mereka ambil makna tersebut kerana beberapa kamus Bahasa Arab yang dirujuk, Damia memberi maksud tempat keluar atau mengalirnya darah.

“Perkataan ini berpangkal daripada perkataan damun (دم) yg bererti darah,” katanya.

Beliau pada masa yang sama menegaskan umat Islam sepatutnya merujuk kepada individu yang lebih arif seperti alim ulama untuk memberikan nama anak.

“Jangan beri nama anak yang sedap didengar sahaja. Malah ada yang berikan nama ‘Bahimah’ (binatang), Zani (penzina), Syarrul Bariyyah (sejahat-jahat makhluk) dan sebagainya.

“Bagaimanapun, melalui isu ini, ia ditujukan khas kepada kes pemohon saja. Tapi jika orang ramai hendak menukar nama sendiri atau nama anak-anak yang sebelum ini membawa maksud tidak baik, kami alu-alukan dan terpulanglah kepada masing-masing,” katanya.

Sementara itu ramai ibu bapa diluar sana yang mempunyai anak bernama Damia tidak bersetuju dengan kenyataan mufti berkenaan, mereka menegaskan nama Damia membawa maksud bijaksana. from Kaki Share http://ift.tt/2fOmC4F via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...