Ibu Risau Keselamatan Anak Pondan Dalam Penjara Lelaki

loading...


SEORANG ibu, Jackie Brooklyn mengakui risau dengan keselamatan anak transgendernya, Tara Hudson yang telah dijatuhi hukuman penjara dan ditempatkan bersama tahanan lelaki yang lain.

Tara, 26, seorang jurumekap artis, menjalani hukuman penjara selama tiga bulan selepas didapati bersalah membuat kekacauan di sebuah bar, pada sambutan Krismas tahun lalu.
Mahkamah telah memutuskan Tara atau nama asalnya, Aaron menjalani hukumannya dalam sel lelaki di Penjara Lelaki Bristol, United Kingdom memandangkan dalam kad pengenalannya, jantina Tara masih lagi lelaki.
Tara sebelum ini telah menjalani pelbagai pembedahan bagi mengubah dirinya dari seorang lelaki kepada seorang wanita sejak enam tahun lalu.
Jackie menyatakan kerisauan sebaik hukuman itu dijatuhkan memandangkan anaknya itu memang sudah 100 peratus bertukar kepada wanita.
“Dia sudah kelihatan macam wanita tulen. Saya merasakan semua tahanan lelaki itu akan mengacaunya nanti,” kata Jackie. – MYNEWSHUB.CC
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...