loading...
Kes pembunuhan kejam Enno Fariah masih lagi mejadi perbincangan hangat di media sosial semenjak kejadian yang berlaku 13.05.2016 lalu di mana Eno dibunuh dengan disula menggunakan cangkul.
Seminggu selepas pengebumian Enno, rasa sedih, sayu keluarga masih lagi belum terubat.
Menurut ayah mangsa, Arif Fikri 53, sebelum Enno meninggal dunia, Enno pernah meminta kepada ayahnya untuk menambah duit hasil simpanannya untuk membeli motor.
"Saya sudah mengumpul kesemuanya, tinggal hanya menunggu dia balik saja di minggu kejadian, tapi nak buat macam mana kali ini dia balik dengan van jenazah" katanya ketika ditemui di kampungnya, Lebak Wangi, pada jumaat lalu.
Kecewa mendengar berita Enno dojodohkan dengan lelaki lain juga motif pembunuhan.
Sebelum hasil keterangan, ketiga suspek mengaku punca pembunuhan itu berkait dengan isu khabar yang mereka dengar di mana Enno telah dijodohkan oleh orang tuanya dengan seorang lelaki.
Akan tetapi Arif Fikri menentang sekerasnya pengakuan tiga suspek tersebut.
"Saya tidak pernah menjodohkan anak saya dengan sesiapapun, dia masih lagi kecil, mana mungkin saya menjodohkannya, lagi pun Enno pernah berkata pada saya, dia tidak mahu mencari kekasih sebab dia mahu membahagiakan kami dulu"
"Saya tidak percaya kalau anak saya menjemput kekasihnya itu datang keperumahan tersebut, sebab perumahan itu dilarang dimasuki lelaki, lagi pun menurut pengetahuan saya dan isteri, anak saya tidak mempunyai kekasih." Kata Arif Fikri yang bekerja sebagai seorang guru sambil mengusap air mata.Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Semoga si pelaku yang melakukan jenayah kejam ini mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan.
0 comments:
Post a Comment