16 Fakta Tersembunyi Daripada Gambar Terkenal

loading...
Gambar menarik perbezaan asal dan palsu. Gambar terkenal fotografi pelancong di atas bangunan sebelum kapal terbang sebelum melanggarnya.
#1Gambar terkenal ini telah membuat pusingan di internet untuk seketika dan dakwaan dibuat tentang lelaki yang sedang berdiri di atas balkoni salah sebuah dari bangunan berkembar World Trade Center pada 11 September apabila kapal terbang hampir terhempas. Kapal terbang ini adalah palsu dan timestamp telah dimasukkan ke dalam imej selepas ia ditangkap.


Gambar menarik perbezaan asal dan palsu. Gambar Oprah depan majalah menggunakan badan orang lain.
#2Ia bukan sepenuhnya Oprah Winfrey sebenar! Gambar ini merupakan tubuh Ann-Margaret dengan wajah Oprah di photoshop ke atasnya. Orang pertama yang perasan penipuan ini adalah pereka fesyen pakaian tersebut.



Gambar menarik perbezaan asal dan palsu. Gambar mangsan tembakan Kent State Universiti dan seorang lagi menangis di sebelahnya
#3Gambar terkenal dari kejadian tembakan Kent State University pada tahun 1970 telah diterbitkan di majalah Life dengan tiang pagar di latar belakang dikeluarkan.


Gambar menarik perbezaan asal dan palsu. Gambar ketawa Martha Stewart di depan majalah menggunakan gambar muka pada sebuah majlis lama.
#4Foto Martha Stewart semasa dalam penjara ini palsu dan ia merupakan gambar beliau ketawa di satu majlis anugerah.



Gambar menarik perbezaan asal dan palsu. Gambar terkenal penambahan bilangan peluru berpandu daripada ujian oleh Iran.
#5Ini merupakan gambar ujian peluru berpandu Iran pada tahun 2008 Wartawan mendapati gambar tersebut kurang dramatik lalu menambah lebih peluru berpandu melalui photoshop.


Gambar menarik perbezaan asal dan palsu. Gambar terkenal Kim Jong Il berdiri di depan pentas semasa bergambar dengan tentera.
#6Penganalisis mendapati bahawa Kim Jong Il sebenarnya tidak berdiri dengan askar Korea Utara di dalam gambar ini. Apabila dibesarkan, anda dapat melihat corak di hutan belakang beliau tidak konsisten dengan hutan di belakang askar.


Gambar menarik perbezaan asal dan palsu. Gambar terkenal album beatles di abbey road diedit teruk.
#7Gambar terkenal dan ikonik album Abbey Road daripada Beatles ini telah diedit teruk. Sebatang rokok dibuang daripada tangan kanan Paul dan warna imej telah ditukar. Apple Records, yang memegang hakcipta imej ini, merasa kecewa ianya dibuat tanpa kebenaran mereka dan dilaporkan berkata “Nampaknya syarikat poster ni sedikit keterlaluan.”


Gambar menarik perbezaan asal dan palsu. Joseph Goebblers dibuang daripada gambar Adolf Hitler.
#8Apabila Adolf Hitler bertemu Leni Riefenstahl pada tahun 1937, Joseph Goebbels, menteri propaganda beliau telah diedit keluar dari gambar dan tiada siapa tahu mengapa.



Gambar menarik perbezaan asal dan palsu. Wajah dua orang ahli kabinet wanita digantikan dengan lelaki
#9Pada tahun 2009, akhbar Israel, Yated Neeman menerbitkan gambar berkumpulan Netanyahu, Perdana Menteri baru negara itu menggunakan versi ini. Ianya kemudian diketahui bahawa wajah dua ahli wanita kabinet digantikan dengan muka lelaki.


Gambar menarik perbezaan asal dan palsu. Gambar terkenal Russia membuang jam tangan pada gambar semasa perang dunia kedua.
#10Gambar ini merupakan foto yang dicetak dengan meluas adalah dari Battle of Berlin pada 2 May 1945. Apabila ianya diterbitkan oleh majalah Russia, Ogonyok, imej tersebut telah diubah dan jam tangan kedua di pergelangan tangan askar Russia dikeluarkan. Ini dilakukan untuk mengelak tuduhan mencuri ke atas askar Russia. Asap di latar belakang juga digelapkan.


Gambar menarik perbezaan asal dan palsu. Carlos Franqui dibuang daripada gambar Fidel Castro.
#11Carlos Franqui, seorang aktivis politik dan wartawan, telah dikeluarkan dari kebanyakan foto selepas beliau meninggalkan Cuba, memutuskan hubungan dengan Fidel Castro dan menandatangani surat mengecam pencerobohan Soviet ke atas Czechoslovakia.


Gambar menarik perbezaan asal dan palsu. Benito Mussolini membuang penjaga kuda daripada gambar untuk nampak lebih hebat.
#12Benito Mussolini, bekas pedana menteri Itali, merasakan foto ini akan lebih nampak hebat dan kurang berlakon jika lelaki memegang kuda di keluarkan dari imej.



Gambar menarik perbezaan asal dan palsu. Francis Blair dimasukkan ke dalam gambar jeneral perang saudara Amerika Syarikat.
#13Francis Blair telah ditambah ke dalam foto jeneral-jeneral perang saudara (civil war) Amerika pada tahun 1865 dari gambar lain.



Gambar menarik perbezaan asal dan palsu. Gambar Jeneral Grant digabung daripada tiga gambar berlainan
#14Gambar Jeneral Ulysses M Grant di City Point, Virginia semasa perang saudara Amerika sebenarnya tiga imej yang digabung bersama.


Gambar menarik perbezaan asal dan palsu. Gambar terkenal kepala Abraham Lincoln diletakkan di atas potret badan John Calhoun.
#15Abraham Lincoln tidak pernah menggayakan pose untuk foto ikonik ini. Ia semua dicipta dengan mengambil gambar muka Lincoln dan meletakkannya di atas potret badan John Calhoun.


Gambar menarik perbezaan asal dan palsu. Gambar Vladimir Lenin dengan Leon Trotsky dan Lev Kamenev yang dibuang di gambar kedua.
#16Diambil beberapa saat sebelum gambar awal, ia menunjukkan pada hari itu, Vladimir Lenin disertai oleh rakan ahli Central Comittee iaitu Leon Trotsky, yang memakai topi dan bermisai berdiri di atas tangga kanan podium, dan Lev Kamenev, yang berdiri di belakang beliau.
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...