loading...
SATU iklan jualan rumah kini heboh diperkatakan masyarakat Indonesia apabila si penjualnya menawarkan diri sendiri sebagai “free gift” kepada bakal pembeli.
Ops, jangan buat andaian bukan-bukan kerana tawaran tersebut bermaksud dia sanggup menikahi bakal pemilik rumahnya itu. Wah, untung kan?
Memetik laporan Kompas, Wina, 40, langsung tak menyangka bahawa tawaran itu bakal menjadi viral dan dicanang senusantara.
“Saya kaget, jujur kaget. Sampai jadi pembicaraan. Saya jujur tidak mencari sensasi, memang tulus menjual rumah dan cari suami,” ujarnya.
Tambahnya, dia tidak ambil pusing respon negatif yang dihamburkan kerana dia kini begitu terdesak untuk mendapatkan wang bagi menampung kehidupan sehariannya.
Wina turut berkata, rumah tersebut meninggalkan seribu kenangan kerana dimiliki oleh arwah ibunya sebelum ini.
“Kalau rumah ini dijual dan pembelinya jadi suami, kan saya tidak perlu pindah. Rumah ini nazar ibu saya. Kasihan juga anak saya mahu tinggal di mana, sedangkan saya memerlukan wang,” katanya.
Selain itu usianya juga sudah mencecah 40,justeru dia ingin memiliki lelaki yang boleh memimpin dan menjaganya.
Sehingga kini, Wina menerima banyak panggilan telefon yang berminat dengan tawaran tersebut.
Bagaimanapun kata wanita itu, dia akan membuat pilihan andai tawaran yang diberikan menarik.
“Kalau pilihannya banyak maka saya akan memilih yang boleh jadi suami baik dan bertanggung jawab, serta mampu memimpin keluarga,” tuturnya.
Tindakan Wina baru-baru ini, mengejutkan banyak pihak apabila dia membuat tawaran jualan rumah dengan menulis:
“Penawaran Langka Abad Ini !!! Beli rumahnya bisa mengajak pemiliknya menikah (syarat dan ketentuan berlaku) hanya untuk pembeli serius dan tanpa nego.”
Rumah berkeluasan 523 meter persegi itu ditawarkan pada harga Rp 999, 000, 000, 00 (RM 282,000). from Kaki Share http://ift.tt/2fhogie via IFTTT
0 comments:
Post a Comment