Bilik Bedah Hospital Sultanah Aminah Pula Terbakar!

loading...
Semua pekerja bangunan induk Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru diarah keluar apabila bangunan itu dipercayai mengeluarkan asap pada pukul 1.35 tengahari, lapor Bernama.

Hospital Sultanah Aminah

Difahamkan, satu lagi kebakaran berlaku di dewan bedah hospital Hospital Sultanah Aminah berkenaan.

Tiga kakitangannya dikatakan cedera dan kini sedang dirawat di unit kecemasan.

Semalam, enam pesakit meninggal dunia dalam kebakaran yang berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, manakala 10 kakitangannya turut mengalami kecederaan.

Menurut Bernama, kekecohan di bangunan induk Hospital Sultanah Aminah hari ini berpunca daripada litar pintas kecil akibat wayar terdedah terkena air kerja pembersihan, kata polis.

Dalam pada itu, seluruh bangunan induk Hospital Sultan Aminah diarah tutup 24 jam bagi tujuan kawalan dan pemantauan atas arahan ketua polis Johor Bahru Selatan.

Saksi memberitahu bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berada di lapangan berkenaan berjaya mengawal keadaan kira-kira pukul 2 petang.

Video yang dimuat naik dalam talian menunjukkan pesakit berkerusi roda atau yang berada di atas katil hospital keluar dengan kerusi roda dari bangunan tersebut.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam berkata kementerian akan menjalankan audit keselamatan kebakaran di semua hospital awam dengan dimulai hospital lama.

Hospital Sultanah Aminah mula beroperasi pada 1942.

Suatu siasatan mengenai punca kebakaran yang berlaku semalam oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang dijalankan.

Sementara, Bernama turut melaporkan, Jabatan Kesihatan Johor menafikan laporan yang diviralkan kononnya seorang kakitangan Hospital Sultanah Aminah yang cedera dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi hospital itu semalam, telah meninggal dunia.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Rooshaimi Merican A Rahim Merican berkata tiga kakitangan hospital itu yang cedera dalam kebakaran kira-kira 9 pagi itu kini dalam keadaan stabil di Hospital Sultan Ismail (HSI).

"Mereka sedang mendapatkan rawatan dan ada di antara mereka telah pun sedar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di HSI di Johor Bahru, hari ini.

Beliau mengulas laporan media sosial mengenai Nurul Ain, antara jururawat yang dikatakan cedera dalam kebakaran itu, telah meninggal dunia.

Namun, setakat ini tiada senarai nama mereka yang cedera dikeluarkan secara rasmi oleh pihak bertanggungjawab.

Kebakaran di tingkat dua itu meragut nyawa enam pesakit di wad ICU manakala seorang lagi pesakit dan tiga kakitangan Hospital Sultanah Aminah dapat diselamatkan.

Terdahulu, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan melawat kakitangan yang cedera itu di Hospital Sultan Ismail.

Baginda tiba di Hospital Sultan Ismail kira-kira 10.30 pagi dan meluangkan masa kira-kira sejam dengan diiringi Pengarahnya, Arbain Lain dan Dr Rooshaimi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Ayub Rahmat berkata seramai 51 pesakit HSA termasuk tiga kakitangan Hospital Sultanah Aminah ditempatkan di Hospital Sultan Ismail.

Di Kuala Lumpur pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan penghargaan kepada pelbagai pihak dan agensi yang menyumbang tenaga dalam usaha menyelamat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru semalam.

Ini termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, doktor, jururawat dan kakitangan hospital serta sukarelawan.

Dalam catatan di laman Facebook beliau hari ini, Najib berkata siasatan terperinci akan dilakukan bagi membantu meningkatkan lagi tahap keselamatan di hospital kerajaan.

"Kita akan membantu keluarga mangsa dan pesakit terbabit, juga memastikan perkhidmatan kesihatan di Hospital Sultanah Aminah berjalan seperti biasa," katanya, lapor Bernama.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam, enam pesakit maut apabila wad Unit Rawatan Rapi di tingkat dua bangunan lima tingkat HSA terbakar, manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan. Tiga kakitangan hospital itu cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.

BACA INI JUGA: Letupan Pelik Yang Tidak Sepatutnya Berlaku

Sumber: MK

from SentiasaPanas http://ift.tt/2eKGlkT via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...