loading...
KUALA LUMPUR - Mohd Raitul Afthal Zainal Abdibin, 27, yang sebelum ini viral di media sosial mahu bertemu dengan anak lelakinya, telah menghembuskan nafas terakhirnya tengah malam tadi.
Harian Metro melaporkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur, jam 12.20 tengah malam tadi.
Pada 15 Oktober lalu, arwah yang menghidap kanser usus tahap empat pernah berhasrat untuk bertemu dengan anak sulungnya, Muhammad Raykal Hakimi, 6, hasil perkahwinan dengan bekas isterinya yang viral di media sosial.
Difahamkan, sudah empat tahun arwah tidak pernah bertemu dengan Raykal, yang juga menghidap kanser hati.
Hasratnya itu dimakbulkan oleh bekas isteri, Aida Kosma Ahmad Serbawi yang membawa Raykal ke kediaman arwah di Kuarters KTM pada 16 Oktober lalu.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Norsyahirah Abdullah, 23, yang sedang hamil anak pertama mereka yang dijangka akan bersalin seminggu lagi.
Jenazah Raitul Afthal akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Pinang, Kemunting, Taiping, Perak, selepas Zohor, hari ini. from Kaki Share http://ift.tt/2feSl14 via IFTTT
0 comments:
Post a Comment