Lelaki Yang Berkahwin Lambat Punca Kepada Anak-Anak Berotak Lembab

loading...


WASHINGTON: Kromosom kanak-kanak daripada lelaki berkahwin lewat didapati tidak normal hingga lemah dari segi intelektual, dipercayai disebabkan usia bapa yang lanjut.

Kromosom tidak normal adalah disebabkan oleh beberapa variasi nombor salinan atau ‘CNV’, merujuk kepada struktur beberapa keadaan menyebabkan kehilangan atau kesilapan susunan DNA dalam sel. Perkara itu boleh diwarisi atau berlaku secara tiba-tiba dan menjadi punca biasa penyakit.

Pasukan penyelidik melakukan analisis secara sistematik dan menemui banyak CNV dalam hampir 3500 orang yang hilang upaya intelektual antara 2006 dan 2010.

Mereka mendapati, CNV yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak diwarisi membabitkan 227 orang yang bermakna keadaan itu wujud dua kali ganda daripada biasa sama seperti bagi mereka yang mempunyai autisme dan tiga kali ganda di kalangan mereka yang menghidap penyakit asma.

Penyelidik turut membandingkan usia ibu bapa dalam dua kumpulan itu dengan mereka yang tidak mempunyai masalah hilang upaya intelektual.

Kesimpulan yang dibuat ialah peningkatan CNV baru tidak hanya disebabkan oleh DNA lelaki tetapi usia bapa juga memainkan peranan, kata penulis.

“Sebagai rumusan, data kami buat pertama kalinya meyakinkan bukti bahawa faktor CNV bapa paling besar menjadi faktor kepada kelemahan intelektual,” katanya. Kajian itu disiarkan secara dalam talian oleh Jurnal Perubatan Genetik from Kaki Share http://ift.tt/2fhLKmp via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...