Lepaskan Berjuta-Juta Nyamuk Tapi Bukan Di Malaysia Untuk Tangani Virus Zika & Chikungunya

loading...

034302600_1470227537-zika

Para saintis merancang untuk melepaskan berjuta-juta nyamuk yang telah dimodifikasi di Brazil dan Columbia untuk mengawal virus yang disebarkan nyamuk terumatanya virus Zika dan Chikungunya.

Nyamuk yang dijangkiti dengan sejenis bakteria yang dipanggil Wolbachia mampu mengurangkan keupayaan nyamuk untuk menyebarkan virus kepada orang ramai.

Projek bernilai $18 juta ini dibiayai oleh kumpulan perderma antarabangsa termasuklah Bill and Melinda Gates Foundation.

Projek ini dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2017 – turut dibiayai oleh oleh kerajaan Amerika Latin, Amerika dan United Kingdom.

Berdasarkan kajian yang mereka jalankan di Brazil, Colombia, Australia , Indonesia dan Vietnam, nyamuk yang dimodifikasi berjaya mengawal penyebaran denggi ke atas manusia.

Menurut Dr. Trevor Mundel dari Bill and Melinda Gates Foundation, “Wolbachia boleh menjadi pelindung berevolusi terhadap penyakit yang disebarkan menerusi nyamuk”.

Program ini akan dipantau selama tiga untuk memeriksa sama ada kes demam denggi. Zika dan Chikungunya menurun atau tidak.

Sumber: BBC & SiakapKeli

from Saja Kongsi http://ift.tt/2fcLxl5 via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...