'Tak Tahan Suami Kuat Main Kayu Tiga, Wanita Ini Amalkan Ilmu Terlarang..'

loading...
Gambar sebagai hiasan


Aku buat semua ni bukan suka suka je, tapi semua ni bersebab. Korang ingat aku gila ke nak buat
macamni takdak sebab? Aku buat ni sebab aku sayangkan laki aku. Aku mengaku aku ni kuat cemburu tapi kadang kadang perangai laki aku tu annoying gila. Nak kata aku ni tak cantik, aku ada je rupa. Sebelum aku kahwin pun ada je lelaki lain masuk meminang, body aku pun boleh tahan solid lagi. Nak kata aku bodoh, aku ni kelulusan universiti. Tapi laki aku ni suka sangat buat perangai, sumpah aku cakap aku tak tahan. Aku kahwin dengan dia waktu aku umur 25. Baru 2 tahun kitaorang kahwin, aku dah syak perangai laki aku dah lain sikit tapi aku taknak fikir bukan bukan. kitaorang pun belum ada anak so aku taknak control dia sangat.

Ada satu malam tu, aku pelik sangat. Ada sorang perempuan ni call tapi masa tu laki aku takda, dia dalam toilet. Aku pun apa lagi, aku angkat jelah. Dia tanya laki aku ada tak, aku pelik lah pastu aku tanya dia yang dia ada hubungan benda dengan laki aku. Tup tup dia letak call tu. Aku pun dah start fikir bukan bukan, yelah mana tak nya, yang dia call tu laki aku, mana aku tak cemburu. Tak boleh jadi, aku ambik phone number perempuan tu, dalam hati aku doa jelah laki aku tak buat hal. Dua tiga hari lepas tu aku ada cek whatsapp laki aku tapi takde benda yang aku curiga pun. Terdetik la dalam hati, nak tarik archive chat, haa nak tau aku jumpa apa kat situ? Aku jumpa whatsapp dia dengan perempuan lain, mengamuk sakan la aku. Aku tanya macam macam, dah macam naik hantu pun ada. Last last dia janji dengan aku yang dia takkan buat benda sama lagi. Aku macam tak boleh terima sbenarnya, tapi tu lah, aku dah hidup dua tahun pun dengan dia so aku maafkan je dengan syarat jangan buat lagi.

Nak dijadikan cerita, aku ni orang pantai timur so aku ada ramai pakcik makcik yang ada ilmu. Nak cantik, nak orang sayang, haa macam macam lah. Aku kalau boleh aku taknak terlibat dengan benda benda macam ni tapi keadaan yang paksa. Sebagai isteri, of course lah aku insecure bila laki aku penah buat perangai. Aku pun ada tanya sorang makcik aku ni sebab aku tengok laki dia sayang betul dekat makcik aku ni. Aku tanya lah macammana makcik aku buat. Mula mula makcik aku senyum, aku dah takut dah, pastu dia tanya nak ilmu yang baik ke jahat. Aku pun tak tau, so aku cakap nak yang buat laki aku betul betul sayang dengan aku, yang boleh buat dia takkan pandang perempuan lain pun

Sebelum aku ambik ilmu tu dengan makcik aku, dia ada pesan. Kalau dah sekali ambik, dah tak boleh pandang belakang lagi. Aku takut jugak, tapi lantak lah yang penting rumahtangga aku bahagia. Ilmu ni makcik aku cakap, bila laki aku ada niat nak curang je nanti mesti dia sakit teruk. Aku kesian jugak kalau laki aku sakit, tapi kalau dia tak curang mesti lah dia tak sakit kan.? Lagi pun dia kan dah janji yang dia takkan buat lagi perangai lama dia tu. Dalam lima enam bulan lepas kejadian tu, laki aku ni perangai lain macam sikit. Dia dah taknak makan sangat, pening, muntah semua ada. Aku pulak yang naik risau, tapi aku tak fikir apa pun. Dah pergi check doctor, tapi takda apa yang pelik pun sampai aku pun naik buntu. Tiba tiba aku teringat makcik aku pesan apa, kalau laki aku ni buat perangai lagi nanti mesti dia sakit. Tanya punya tanya dengan laki aku ni, sampai aku tak ingat yang dia tengah sakit masa tu, last last dia mengaku yang dia ni still contact dengan perempuan haritu. Kecewa toksah cakap lah, memang aku sakit hati.

Aku bagi dua pilihan dekat dia, ceraikan aku atau putuskan hubungan dengan perempuan tu. Aku nak di bagi keputusan malam tu jugak kalau tak, aku yang keluar rumah tu. Dia cakap dia sayangkan aku and dia akan tinggalkan perempuan tu. Aku sebenarnya tak percaya sangat dengan dia cakap, maklum lah dah dua kali terkena. Tapi takpe, aku bagi lagi dia peluang. Aku ingat kan lepas tu dia sihat lah sikit, tapi keadaan laki aku ni makin teruk. Aku pelik sangat, takut pun ada. Yelah, dia kurus sangat sangat, bila makan je sikit terus muntah. Aku dah bawak pergi hospital tapi doctor cakap laki aku ni takda sakit. Aku buntu sangat, last last aku pergi jumpa makcik aku, tanya benda yang tak kena. Macam makcik aku cakap lah, dia sakit macamtu bila dia ada perempuan lain je. Aku tau dah nak tolong laki aku ni macammana, aku tak sampai hati tengok dia macam tu. kurus kering, terbaring je kat katil.

Akhirnya aku slow talk dengan laki aku. Aku tanya dia ada sorok apa tak dari aku and dia mengaku, dia ada perempuan lain belakang aku. Satu lagi benda yang sangat buat aku marah sampai aku taktau nak buat apa, rupanya dia dah menikah pun  dengan perempuan tu. Aku tanya siapa perempuan tu, dia cakap pempuan tu bekas awek dia dulu. Aku terdiam sangat, tak mampu nak cakap apa. Aku bagitau makcik aku pasal ni, aku cakap yang aku dah taknak buat ilmu semua ni. Tapi makcik aku cakap yang dia pernah pesan yang ilmu ni bila dah ambik, tak boleh patah balik. Aku buntu, aku dah tak tau nak buat apa. Aku maafkan laki aku sebab aku tak sampai hati tengok keadaan dia.

Betul lah orang cakap, jangan buat keputusan ikut emosi, nanti diri sendiri yang merana. Sebab keputusan melulu yang aku buat, akhirnya benda tu makan diri aku sendiri. Keputusan yang aku buat tu haram juga di sisi islam, from Kaki Share http://ift.tt/2fiYpWO via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...