Teguran Lisa Surihani Buat Pelakon Baru
Lisa Surihani kini merupakan pelakon yang amat popular di Malaysia.
Pelakon jelita yang juga isteri kepada Yusry KRU ini telah bermula dari bawah dan berlakon sejak kecil lagi.
Berbanding dengan keadaan sekarang, banyak artis baru popular secara tiba-tiba dan dilihat sosial media juga turut membantu pelakon baru untuk dikenali dengan lebih cepat.
Ini pesanan Lisa kepada pelakon baru:
“Jika terlalu mengejar glamor, kita hanya mampu bertahan sementara. Saya tahu, populariti penting dalam mempengaruhi perjalanan kerjaya, tetapi jangan jadikan ia sebagai sasaran utama. Dalam meraih kejayaan sebagai pelakon, jangan lupa menghormati orang di sekeliling kita,”
“Saya dulu menyertai industri hiburan kerana mahu belajar dan dalam masa sama, mencari sumber pendapatan. Tetapi perlu diingatkan, usah terlalu mengejar populariti kerana ia akan hadir dengan sendiri,”
Bagi Lisa, populariti itu bukanlah sesuatu yang perlu dikejar sebaliknya ia akan datang dengan sendiri. -PENMERAHDOTCOM
The post Teguran Lisa Surihani Buat Pelakon Baru appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2ewVl9X via IFTTT
0 comments:
Post a Comment