loading...
JERANTUT - Misteri bau busuk yang menyelubungi jiran tetangga akhirnya terungai apabila jiran sebelah rumah menemui mayat seorang lelaki berusia 57 tahun di sebuah reban ayam, semalam, lapor sinar harian
Dalam kejadian di Felda Lepar Utara 3 itu, jiran sebelah rumah mangsa sebelum itu mencari bau busuk yang dihidunya sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Azid Ismail berkata, isteri mangsa sebelum itu menyangka suaminya yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan itu telah keluar sejak tiga hari lalu telah pergi ke rumah anak-anaknya.
Bagaimanapun, mayat mangsa ditemui oleh jiran sebelah dalam keadaan mula kehitaman dan berulat.
Hasil bedah siasat mendapati, mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung. kira-kira tiga hari yang lalu dan tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian mangsa
0 comments:
Post a Comment