loading...
TEXAS, AMERIKA SYARIKAT - Tindakan pantas seorang anggota polis yang menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak lelaki, pastinya akan diingati oleh kedua ibu bapanya seumur hidup, lapor NBC MIAMI.
Terdahulu, Brayden yang lawat ibunya, Hoover, di tempat kerja KFC, dikatakan mengalami demam dan sawan serta pernafasannya terhenti.
"Matanya berpusing ke belakang kepalanya dan situasi itu bukan sesuatu yang anda mahu lihat terjadi pada anak sendiri," kata bapanya, John Geis.
Anggota polis, Miller, yang kebetulan berada berhampiran mendapat laporan mengenai kejadian itu terus bergegas ke lokasi kejadian itu meskipun belum mendapat arahan pusat kawalan.
Miller yang tiba lebih awal dari pihak ambulans, segera mendapatkan mangsa dari ibunya dan memulakan pernafasan dari mulut ke mulut (CPR).
Miller kemudian berhenti seketika dan mendapatkan topeng pernafasan sementara bapa mangsa terus mengepam dada anaknya. Tanpa berputus asa, anggota polis berkenaan terus cuba menyelamatkan nyawa si kecil itu..
Tindakan pantas anggota polis berkenaan berjaya menyelamatkan Brayden yang kemudiannya tersedar dan terus menangis.
Ekoran tindakan pantasnya itu, pihak Majlis Bandaraya Granbury memberi penghormatan pada Miller. Namun bagi Miller, pelukan dari si kecil itu saja sudah cukup memuaskan hatinya.
"Syukur dia selamat. Pada ketika itu, saya hanya cuba membantu agar dia bernafas semula. Apa yang terjadi di sekeliling pada waktu itu, tidak penting," kata Miller. from Kaki Share http://ift.tt/2dI6wLD via IFTTT
0 comments:
Post a Comment