5 Tahun Berkahwin Tiada Anak, Rupanya Kena “Sihir Pemisah”
Kisah sihir memang sinonim dengan rakyat Malaysia apatah lagi sikap dengki yang sering menjangkiti rakyat Malaysia.
Pantang tengok orang berjaya atau bahagia, mulalah ada yang dengki. Sampai sanggup menyihir.
Jom baca kisah seorang isteri yang terkena sihir pemisah.
Sihir Pemisah
Aku dah berkahwin selama hampir 5 tahun. Belum dikurniakan anak. Beberapa bulan selepas bernikahan kami, aku disahkan hamil. Alhamdulillah syukur tak terhingga masa tu. Tapi baby hanya bertahan selama hampir 3 bulan sahaja. Disahkan mati dalam kandungan. Selepas hampir 5 tahun pernikahan kami & masih belum dikurniakan cahaya mata, aku dan suami ambil initiative untuk consult dengan gynae.
Cuti Untuk Ke Gynae
Macam-macam jenis test kami lalui. Asyik ambil cuti untuk follow up dengan gynae. Sampai satu masa, mak aku bersuara..”Mak cadangkan, apa kata kau cuba berubat di Darul Syifaa”. Dah alang-alang kami cuti hari tu, kami terus ke pusat perubatan berkenaan. Dan kebetulan, masa kami datang, boleh terus walk in sebab hanya ada 1 keluarga yang datang berubat.
Berubat Secara Islam
Ustaz berkenaan bertanya apa masalah yg aku hadapi. Aku ceritakan yang aku kerap mengalami mimpi buruk, susah utk mendapatkan zuriat, mimpi bersalinkan anak, mengandung & mimpi benda-benda menakutkan. Bukan itu sahaja, aku juga ada tanda-tanda lebam di paha selepas bangun tidur. Tak pasti apa puncanya. Aku dengan suami juga ‘panas’ ; kerap bergaduh walau hal-hal kecik.
Disahkan Kena Sihir
Ustaz berkenaan buat pemeriksaan, dan dia cakap, kami terkena Sihir Pemisah. Dia nasihatkan aku untuk ‘protect hati’ , dekat kan diri dgn Allah sbb tiada kuasa yg dapat melindungi aku selain kuasa-Nya. Dia bagi potongan ayat dari surah Al-Baqarah & Al-Mukminin utk aku amalkan selepas solat, dan aku diminta keluar utk dia berbincang dgn suami aku.
Selepas suami aku keluar dari bilik rawatan, aku tanya apa yg dibincangkan dgn ustaz tersebut. Suami aku cakap, ustaz tu tanya, kenapa dah 5 tahun kahwin baru datang berubat? Dah lama ‘benda’ tu ada dalam badan kami berdua. Suami aku cakap, dia tak tau yg semua ni berpunca dari sihir. Ustaz tu cakap, rezeki kami kerana masih ada jodoh yang kuat. Sesetengah pasangan tak dapat bertahan lama.
Perbezaan Selepas Berubat
Selepas berubat, Alhamdulilah aku tidur lena. Suami aku siap count down berapa hari kami tak bertekak. Serious, dulu tahap amarah aku adalah 98%. Sekarang suami cakap 1% je. Tapi sebenarnya banyak yg aku tak ceritakan dekat ustaz tu. Contohnya hal bersama. Semasa awal perkahwinan, semasa bersama, aku selalu mengalami kesakitan yg teramat sangat. Dalam fikiran aku, mungkin kerana aku baru berkahwin. Tapi ia berterusan sehingga aku berubat. Aku tak pernah ceritakan pada sesiapa, yelah, takkan benda tu pon kau nak cerita kat orang ye tak?
Mula Berubah
Tapi, sampai sekarang kami tak pasti siapa yg menghantar semua tu pada kami. Aku & suami ambil pendekatan, untuk tidak post lagi gambar-gambar bersama, buang orang-orang yang negative dalam hidup & limitkan penceritaan hal peribadi dalam media social. Sejujurnya, aku tak marah pada yg menghantar sihir tu kepada kami, tapi aku sedih sebab tergamak orang tu buat hal ni kepada aku & suami. Kau takkan paham betapa kami inginkan anak, dan kerana sihir nilah yang menghalang utk aku menimang cahaya mata.. sumpah aku sangat sedih.
Bak kata orang-orang tua, kalau kau makan sedap, jangan tunjuk pada orang lain…sebab, mungkin orang tu tak mampu utk dapatkan apa yang kau ada. Bagi aku ada betulnya. Terlalu menunjukkan hal keluarga, harta benda kita, tak memberi apa-apa faedah sebenarnya. Hati kecil manusia hanya minta dipuji. Hakikatnya, pasti ada segelintir yang mengeji. Tak semua orang dalam media social & real life yang suka kita. Maka, pilih penceritaan anda. Tak semua orang layak tahu kehidupan kita. Limitkan.
Mohon Kepada Tuhan Dikurniakan Zuriat
Aku mohon, doakan aku & suami dikurniakan zuriat secepat mungkin. YaAllah, kurniakan ‘Elena (not my real name haha) & suami’ rezeki zuriat, cahaya mata. Aminnnn. Thank you publishkan cerita kami.– Elena
The post 5 Tahun Berkahwin Tiada Anak, Rupanya Kena “Sihir Pemisah” appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2fdRquw via IFTTT
0 comments:
Post a Comment