Aku Amalkan Tips Ni Jika Aku Geram Dengan Suami Aku! Para Isteri Boleh Cuba...

loading...
Rumah kitorang nie ada la beberapa bilik, so suami aku pun guna la satu bilik tu untuk buat kerja-kerja pejabat dia. Tapi ada la satu benda ni yang aku memang tak puas hatiiiiii sangat (aku skip la ya part tu sebab nanti panjang sangat pulak) so disebabkan benda yang tak kena pada mata aku tu, pagi tu aku naik angin dan aku kata macam nie lah, kita tukar bilik! Abang pakai bilik yang satu lagi tu, biar saya dengan budak-budak melepak kat bilik nie. . 

Masa tu keadaan agak tegang la sebab aku baru je lepas membebel (pasal benda yang slacking tu) and Suami aku pun tension jugak and memang nampak sangat lah dia malas nak layan cadangan aku tu. Berkali -kali aku tanya *mintak izin* boleh tak nak punggah barang-barang dan swap bilik tapi dia jawab acuh tak acuh je. Aku jadi serba salah la, kang aku angkut komputer besar dengan meja dia tu SEBELUM dia bersetuju, tak pasal-pasal jadi hal lain pulak. . Last-last aku senyap dulu, aku gi buat kerja dapur. Sambil-sambil basuh pinggan dan sebagainya, aku zikir-zikir (aku memang tengah cuba berzikir setiap minit) dan bila masuk Zuhur aku pegi solat on time , on the spot. Sebelum solat Zuhur aku buat dulu 4 rakaat sunat tu sebab ada hadis kata (lebih kurang bunyinya) 4 rakaat sunat sebelum adalah bersamaan dengan solat Tahajud. Solat Dhuha pun aku buat jugak pagi tu. So boleh dikatakan apa yang aku perlu buat pada haritu sebagai seorang Islam yang baik, aku buat.. 

Tetiba petang tu suami aku elok-elok je kata eh OK lah kita tukar bilik lah! Tetiba dia pulak yang berlebih-lebih suka sebab tukar bilik tue, padahal pagi tadi bukan main lagi. So benda yang pagi tadi kontroversi tu terus jadi takde masalah apa-apa malah bertambah-tambah suka pulak dia tengok aku dah siap kemas kedua-dua bilik. . Bila aku muhasabah-muhasabah balik, rupanya sebab aku jaga AMAL SUNAT aku hari tu so Allah lembutkan hati dia!! ………Nie aku punya agakan la, Allah lebih mengetahui for sure. 

Apasal aku agak macam tu? Sebab, selalunya aku nie main buat yang wajib je, solat pun kekadang lewat. Tapi hari tu aku solat punctual gila and lengkap dengan sunat-sunat segala. Kat dapur lagi mulut kumat kamit dengan zikir, suami aku pun jenis jaga amal jugak, dia memang solat 5 waktu di masjid Alhamdulillah. . Lepas tu….so ingat kay, kalu jaga AMAL, insyaAllah apa benda yang tak puas hati antara suami isteri Allah selesaikan. Allah selesai BAGI PIHAK kita.Kadang-kadang kita isteri ni berasap-asap dalam hati kan sebab Suami tak faham kita stress kita letih kita dah lama sabar pasal seseuatu benda tapi sebenarnya kalau kita jaga AMAL (wajib dan sunat), tanpa kita sedar Allah yang akan handle untuk kita masalah tu. . Cerita kedua nie pulak baruuu je jadi pagi tadi. Aku tengah kalut nak masak breakfast tapi Suami aku decide nak makan satu makanan yang memang ada dalam Peti, memang benda tu favourite dia. 

Aku tak kisah pun sebab nak tunggu Breakfast siap memang lambat lagi. Masa dia tengah panaskan lauk tue, aku cakap la “Abang, abang suap la Adek sekali k nanti bila abang makan sebab kesian dia lapar tu. Saya nak masak nie” Tapi suami aku terus jawab eh takleh takleh dia takde masa la nak suap-suap Anak tu sebab dia tengah rushing nak siapkan satu kerja kat komputer (penting) so kekdahnya dia nak makan sorang-sorang nak cepat. Bila dia jawab macam tu aku memang aarrrggghhhh geramnya kenapa laa orang lelaki nie tak leh cuba faham yang kita perempuan nie kadang2 perlukan bantuan diorang, bukannya suruh memasak pun, just suruh suapkan anak je sambil-sambil dia makan tu. 

Aku cuba la jugak cakap lagi sekali tapi dia dah gi mana ntah , masa tu makanan dia masih tengan dipanaskan lagi.. Aku pun diam sambil sambung basuh pinggan. Since aku tengah cuba memperbanyak zikir, so aku pun berzikir la sorang2 ala yang simple2 je bukan zikir yang panjang2 macam ahli sufi ke apa. Korang semua pun tahu kalimah-kalimah zikir yang pendek tu kan. Sambil2 zikir tu aku cuba fokus pada keEsaan Allah, pada Akhirat dsbnya. Kiranya aku cuba hala kan hati kepada Allah la.

Tup tup tetiba suami aku datang dan ambik makanan dia tu pastu ELOK-ELOK ada dia gi ajak anak-anak aku makan. Walaweeeiiiii! Tadi bukan main lagi dia kata ehhhh takde masa la nak duduk suap anak, nie tetiba je dia sendiri yang panggil anak dan suap sikit demi sedikit, aku tak suruh pun weh! Terus aku macam nak menangis sorang-sorang kat sinki tue and rasa macam ya Allah memang betul la kalau kau sentiasa berzikir sentiasa ingat Allah, Allah tu akan ingat kau dan Allah akan settle apa-apa yang kau tak settle tu. Allah nak bolak balikkan hati manusia senang je weih, baru je kejap tadi dia kata NO tapi lepas aku zikir sorang2 sambil basuh cawan basuh sudu, tetiba dia dah terbalik cakap YES pulak dah, tak sempat pun aku nak membebel dan nak bersungut betapa penatnya hidup sbg seorang isteri dan ibu kalau suami tak membantu bla bla bla (haha macam tak biaserrr) tahu tahu je dia dah duduk situ buat benda tu . 

OK so lepas nie para isteri, kalau rasa nak marah dengan suami, korang SENYAP je dulu atau cakap sikit je pastu korang bawak la diri pegi basuh pinggan ke pegi sidai baju ke .Masa tengah buat kerja tu korang ZIKIR, otak jangan nak melayang ingat cerita TV ke apa tapi guna masa tu untuk Zikir. Nanti korang akan nampakla macam mana Allah akan tukar hati suami kau tu atau Allah lembutkan hati dia. Tapi jangan buat macam nie untuk mintak benda-benda yang “angan-angan dunia” contohnya eh kalau aku zikir entah-entah Suami bagi aku handbag LV yang aku mintak tu Bukan! Zikir nie ialah biar betul2 hati kita cuba nak menuju Allah, menuju hakikat Allah, nak bersihkan hati. Boleh jadi kerana Allah suka kepada zikir kita dan amal-amal sunat/wajib kita (yang dibuat bersungguh) Allah akan lembutkan hati suami tu dan kesannya ialah kau akan jarang gila bertekak dengan Suami, jarang tercetus pergaduhan besar-besar. Selamat beramal! – Anastasia
from Kaki Share http://ift.tt/2eyb2YI via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...