loading...
KULAI - Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui masih hidup di dalam longkang di belakang rumah di Taman Jaya Sepakat, Senai, jam 4.30 petang semalam.
Lapor Harian Metro, bayi seberat 2.9 kilogram itu yang dipercayai baru dilahirkan dan masih berdarah serta bertali pusat dalam keadaan tanpa pakaian.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata, pihaknya menerima panggilan dari penduduk kawasan berkenaan yang memaklumkan penemuan bayi itu.
"Tubuhnya lemah dan agak kebiruan ketika ditemui. Bayi itu kemudian dirujuk ke Hospital Kulai dan pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan bayi itu berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kira-kira sejam sebelum ditemui oleh penduduk. Dan sehingga kini masih tiada mana-mana pihak yang tampil menuntut bayi itu," katanya.
Razak berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan ibu kandung dan warisnya. Sementara itu bayi berkenaan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kes diklasifikasikan sebagai membuang bayi dan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan. Polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu, diminta menghubungi polis
0 comments:
Post a Comment