Bayi Lima Hari Diculik Dari Hospital
Malam tadi kecoh apabila seorang bayi perempuan berusia lima hari dilarikan satu pasangan suami isteri dari Hospital Tanah Merah.
Kehilangan bayi berkenaan disedari jam 9 malam selepas bapa bayi itu, Mohd Ihtisyamuddin mahu melihat anak keduanya itu.
Si bapa terkejut sebaik tiba di hospital mendapati isterinya, Siti Norbaiti menangis memberitahu anak mereka hilang.
Ini komen bapa bayi itu:
“Saya terus mendapatkan pihak hospital untuk penjelasan lanjut sebelum mereka memaklumkan anak kami di bawa keluar oleh dua individu jam 6.47 petang.
“Saya kemudian membuat laporan polis berhubung kehilangan anak bongsu dari dua beradik itu,”
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad, berkata hasil pemeriksaan mereka mendapati bayi berkenaan dibawa ke Selising, Pasir Puteh dan berada di bawah jagaan sepasang suami isteri.
“Hasil bantuan polis Pasir Puteh, kita berjaya menyelamatkan bayi berkenaan dan menahan pasangan terbabit untuk siasatan lanjut.
“Kes culik berkenaan berjaya diselesaikan dalam tempoh satu jam dan bayi dalam keadaan selamat. Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,”
Syukur kes ini diselesaikan dengan cepat dan bayi terseut selamat. -PENMERAHDOTCOM
The post Bayi Lima Hari Diculik Dari Hospital appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2fUIkCt via IFTTT
0 comments:
Post a Comment