loading...
Alangkah beruntung hidup jika masih mempunyai ibu, tidak semua orang bernasib baik seperti kita. Namun, sejauh mana pengorbanan anda untuk ibu tersayang? Agak-agak sudah cukup berbakti atau belum pada mereka? Ingat, hidup ni kalau berbuat baik pada ibu insyaAllah, Allah akan kurniakan keberkatan dalam hidup kita.
Seperti perumpamaan yang selalu mengingatkan kita iaitu, "Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu" .
Selagi ibu masih ada, berbakti lah pada mereka. Jaga hati mereka, jagalah pertuturan anda ketika bercakap dengan ibu. Rendahkan diri ketika bertutur dengan mereka. Orang tua hati memang lembut. Silap cakap mudah sangat terasa. Kadang-kadang mungkin kita tidak sedar, perbuatan kita secara tak langsung buat mereka kecil hati. Maka, jadilah seorang anak yang sangat mengasihani ibu dan orang tua. Sesungguhnya , Allah sudah menjanjikan syurga buat mereka yang tidak derhaka pada ibu.
Berikut merupakan perkongsian daripada Ustaz Khailil Razak dan lihat bagaimana dia menghargai setiap pengorbanan arwah ibu hingga ke nafas terakhir.
Kadang-kadang masa cuti sekolah masa saya balik asrama.. Saya kerja di kedai makan Abang Leman.. Jadi pelayan.. Banyak saya belajar dengan Abang Leman.. Macam mana nak letak timun.. Kat mana letak telur.. Sangat detail.. Fuhh.. Cara dia tegur sikit pun tak buat pekerja-pekerjanya kecil hati… Susah nak jumpa tokey kedai makan macam Abang Leman… Kedai makan dia sekarang D’semak Mersing… Ramai orang datang makan malam di sini.. Saya ingat lagi Abang Leman bagi saya gaji rm15 sehari.. Banyak sangat saya rasa.. Yelaa saya orang susah.. Mak ayah saya orang susah.. Saya balik kerja malam pukul 12.. Kadang-kadang pukul 1.. Apa pun saya suka kerja kat sini.. Sebab Abang Leman tak pernah halang saya solat kat masjid.. Solat jemaah.. Setiap waktu solat kat masjid..
Balik je rumah.. Kadang-kadang mak tak tido lagi.. Mak akan tanya.. “Dah solat Isyak?” Dah mak.. Kat masjid Alhamdulillah.. Saya pun keluarkan duit rm15 ringgit tadi dan bagi mak saya rm10.. Saya amik rm5.. Mak marah.. Tak yah mengada-ngada.. Adik kerja penat-penat.. Adik belanja laa.. Saya pun jawab..”Mak amik laa.. Tak tau bila lagi adik boleh bagi mak duit ke tak nanti.. Ambil je besok adik kerja lagi..” Saya terus bagi kat tangan mak saya.. Saya tau walaupun mak kata tak nak tapi saya tau dia sangat perlukan.. Saya rasa berkat hidup saya sekarang.. Disebabkan saya belajar bagi duit kat mak ketika saya belajar di asrama dulu.. Masa saya kerja kedai makan dulu.. Sebab tu saya belajar… Jangan sesekali sayang nak bagi duit kat mak ayah.. Pasti Allah melimpah ruahkan rezeki kita..
Sekarang saya baru terfikir.. Adakah kena buat baik berjasa pada mak ayah bila kita dah gaji besar-besar? Dah besar dah bekerjaya baru nak bagi duit kat mak? Tak sebenarnya.. Kena buat baik setiap masa dan apa jua keadaan..
2008 saat yang paling menyedihkan hidup saya.. Mak saya meninggal dunia setelah 14 tahun bertarung dalam sakit buah pinggang.. Yang penting mak saya senyum bila dapat tau yang saya dapat sambung belajar di matrikulasi Tangkak, Johor.. Mak tau anak dia tak pandai mana.. Nakal.. Tapi saya rasa benda yang paling gembirakan hati mak saya bila saya buat usaha dakwah kerja-kerja agama..
Saya selalu berbual ngan abang saya nombor 4.. “Teh.. Bestnya kalau mak masih ada sekarang.. Boleh bawak mak jalan-jalan dngan kereta kita.. Jalan-jalan luar negara.. Kita boleh bawak ayah je sekarang.. Takpelah teh kita buat yg terbaik untuk ayah kita sementara ayah masih ada.”
Bila ditinggalkan mak.. Rindunya nak kena rotan dengan batang paip getah dalam bilik air ngan mak.. Rindunya nak kena cili mulut.. Rindunya nak kena sebat sebab liat bangun subuh.. Rindunya nak tengok mak sign report kad sekolah.. Rindunya nak dengar nasihat mak.. YaAllah sayunya dan sebaknya hati ni bila terkenang peristiwa-peristiwa bersama mak.. Wahai anak-anak.. Satu hari nanti kita akan rasa kehilangan setelah pemergian mereka..
Sebab tu bila saya buat program motivasi mana-mana seluruh Malaysia.. Bila dengar cikgu kata “Ustaz.. Mereka tak hormat mak ayah mereka.. Tengking mak ayah mereka depan saya ustaz..” Saya rasa sebak sangat.. Sampai hati seorang anak buat mak macam tu.. Kadang-kadang bukan budak-budak sekolah je.. Orang yang dah bekerja pun kadang-kadang tinggikan suara dengan mak ayah.. Saya pernah dengar sorang ustaz bagitau saya “Halil.. Siapa pun kita nanti.. Kita motivator ke.. Kita pengarah ke.. Orang kaya ke.. Ingat.. Depan mak ayah kita kita seolah-olah lembu.. Buat apa sahaja yg dia suruh.. Rendahkan diri ketika bercakap dengan mereka..”
from Kaki Share http://ift.tt/2fOvfPM via IFTTT
0 comments:
Post a Comment