loading...
MASIHKAH anda ingat berapa kali dirotan, disuruh berdiri atas kerusi, dipaksa jalan itik di luar kelas, kutip sampah, berdiri di tengah padang dan bermacam-macam lagi hukuman diberikan guru atas kesalahan dilakukan.
Suatu ketika dahulu, mereka yang mengalami ‘kesakitan’ itu tidak akan memberitahu ibu bapa jika dirotan atau didenda oleh guru kerana bimbang hukuman tersebut akan ‘digandakan’ pula.
Namun, lain pula ceritanya pada zaman serba canggih ini apabila ada sebilangan ibu bapa yang tidak dapat menerima ‘hukuman’ daripada guru terhadap anak-anak mereka.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tersebar gambar sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun dr Ismail didenda duduk di atas jalan tar gara-gara lewat datang ke sekolah.
Belum reda dengan kisah itu, tersebar pula kisah mengenai seorang guru yang ditegur oleh ibu bapa pelajarnya gara-gara meminta anak didiknya itu memadamkan papan hitam.
Guru tersebut diarahkan untuk tidak lagi menyuruh pelajarnya memadamkan papan hitam kerana pelajar bukanlah orang gaji atau orang suruhan tetapi pelanggan.
Di manakah tahap mentaliti ibu bapa ketika ini yang seakan-akan ‘memanjakan’ anak-anak mereka sehingga tidak boleh ‘diusik’. Tindakan ini boleh ‘memakan diri’ suatu hari nanti.
Memetik kata-kata juara Pencetus Ummah musim kedua, Azman Syah Alias: ‘Zaman sekolah dulu, bila cikgu minta padam papan hitam, bawa buku latihan ke bilik guru, ambil rotan di bilik guru, ya Allah! Berbunganya hati. Terasa sangat diraikan,”.
Itu yang digambarkan penceramah bebas itu apabila diminta untuk membantu guru ketika di sekolah tetapi ianya sangat berbeza pada zaman yang penuh berteknologi kini.
Pelajar sekolah di negara ini nampaknya perlu mencontohi sikap pelajar di negara matahari terbit iaitu Jepun dalam mendidik tingkah laku seiring dengan kemodenan negara ini.
Di Jepun, setiap pelajar akan diberikan tugas mencuci sekolah selepas makan tengah hari bersama guru bagi membentuk generasi yang bersederhana dan menjaga kebersihan.
Kebanyakan sekolah di Jepun tidak mempunyai tukang cuci atau janitor iaitu perkhidmatan pembersihan kawasan sekolah dan aspek kebersihan ini dilakukan sendiri oleh pelajar dan guru.
Membersihkan kawasan sekolah sudah menjadi tradisi di Jepun kepada pelajar dari sekolah rendah hingga menengah akan meluangkan masa sapu kelas, bersihkan debu dan tugasannya berbeza mengikut sekoah.
Tokyo Times melaporkan, amalan membersihkan kawasan sekolah ini bermula seawal usia 6 tahun hingga 17 tahun sebanyak empat kali seminggu.
Yumi Tagawa, 44, yang berpindah ke Amerika Syarikat menceritakan pengalamannya ketika belajar di sebuah sekolah di Osaka, Jepun.
Menurutnya, setiap hari dia bersama rakan-rakannya akan mengangkat meja dan membersihkan kawasan bilik darjah serta apabila meningkat dewasa, pelajar akan diarahkan untuk membersihkan tandas.Mentaliti Sekolah Di Malaysia Jauh Ketinggalan
“Kami melakukan perkara ini kerana kewajipan. Ia bukanlah sesuatu yang asing sehingga saya berpindah ke luar negara,” katanya yang kini bekerja sebagai pengurus di Manhattan, New York.
Idea melibatkan pelajar dalam aktivit membersihkan kawasan sekolah ini dapat memupuk rasa hormat mereka dengan persekitaran selain mewujudkan kerjasama di antara pelajar.
Namun, tiada lagi laporan daripada ibu bapa di Jepun yang tidak berpuas hati apabila anak mereka diarahkan untuk mencuci sekolah sendiri.
Sudah tiba masanya, ibu bapa negara ini buka minda dan ubah mentaliti ke arah lebih baik serta mencontohi budaya Jepun dalam usaha menjadikan anak-anak yang lebih hormat, bersih dan bekerjasama
from Kaki Share http://ift.tt/2geULNB via IFTTT
0 comments:
Post a Comment