Kes Bayi Diculik, Bapa Mahu Saman Hospital Sebagai Pengajaran

loading...

Kes Bayi Diculik, Bapa Mahu Saman Hospital Sebagai Pengajaran

saman

Keluarga bayi perempuan yang dilarikan dari Hospital Tanah Merah (HTM) akan mengambil tindakan saman terhadap hospital itu yang didakwa cuai.

Bapa bayi, Mohd Ihtisyamuddin berkata, tindakan tegas itu bagi memberi pengajaran kepada petugas hospital kerana anaknya telah diculik dan dibawa keluar dengan mudah.

Isterinya, Siti Norbaiti ternyata masih trauma dengan kejadian itu dan sentiasa dekat dengan anak mereka termasuk ketika mahu ke tandas.

Ini komen bapa bayi terbabit:

“Jika isteri mahu ke tandas, dia akan pastikan ada orang jaga bayi kami kerana takut kejadian (curi) itu berulang walaupun di rumah sendiri.

“Kami sepakat mengambil tindakan (saman) dalam masa terdekat dan akan berbincang dengan pihak peguam.

“Saya dan isteri kesal dengan kejadian itu kerana kawasan hospital sepatutnya ketat dan mempunyai prosedur untuk membawa keluar bayi.

Dia berharap kejadian terbabit tidak berlaku kepada orang lain dan memohon petugas berhati-hati menjaga keselamatan pesakit yang menerima rawatan.

Hospital juga diharap dapat memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, mereka tidak akan memaafkan pelaku yang sanggup melarikan bayi yang tidak bersalah dari hospital.

Kecekapan pihak polis berjaya menjumpai semula bayi tersebut. -PENMERAHDOTCOM

The post Kes Bayi Diculik, Bapa Mahu Saman Hospital Sebagai Pengajaran appeared first on PenMerah.com.

from PenMerah.com http://ift.tt/2gwfH3t via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...