Keunikan Silky Chicken Ayam Berbulu Sutera

loading...
Ayam berbulu sutera? Ternyata kewujudan ayam yang memiliki bulu seperti sutera benar-benar wujud. Cuma, di Malaysia spesis ayam unik ini agak sukar ditemui dan bilangannya mungkin sangat terhad berbanding spesis ayam lain.

Silky Chicken

Pasti ramai yang tertanya-tanya, jenis spesis ayam apakah ini? Selain itu kenapa fizikalnya terutama bulunya kelihatan seperti sutera?

Ayam yang sangat unik ini terkenal dengan nama Silkie Chicken atau Silky Chicken.

Nama saintifik bagi ayam berbulu sutera ini ialah Gallus gallus domesticus bantam Silkie.

Berdasarkan pengelasan, ayam berbulu sutera ini tergolong di dalam kumpulan unggas atau burung Galliformes.

Keseluruhan fizikal ayam berbulu sutera ini sememangnya berbeza daripada spesis ayam yang lain.

Bahagian paling ketara sudah pasti bulunya yang sangat unik, seperti bulu sutera.

Dan jika diperhatikan, ayam Silky Chicken ini tidak mempunyai bulu yang mampat seperti ayam biasa, sebaliknya ayam ini ditumbuhi bulu lebat, kembang dan lembut.

Ayam berbulu sutera ini juga memiliki lima jari pada bahagian kaki dengan tiga jari dibahagian hadapan dan dua jari lagi di bahagian belakang.

Selain itu, ukuran kaki ayam ini juga lebih pendek dan berwarna hitam.

Walaupun fizikal ayam berbulu sutera ini agak berbeza dengan spesis ayam lain, proses pembiakannya tetap sama, namun agak unik.

Sewaktu proses pengeraman telur ayam berbulu sutera, ia kebiasaannya memakan masa selama 22 hari, melebihi satu hari berbanding ayam biasa.

Jumlah telur yang dikeluarkan pula ialah sekitar lapan hingga 12 biji pada satu-satu masa.

Variasi warna

Ayam berbulu sutera juga mempunyai beberapa variasi warna yang berlainan iaitu antaranya warna hitam, putih, biru, kuning pucat dan kelabu.

Tidak seperti spesis ayam lain, haiwan ini tidak memiliki balung tetapi ditumbuhi bulu lebat mirip seperti rambut di bahagian kepala.

Berdasarkan habitat, haiwan ini agak cerewet berbanding kumpulan spesis unggas lain.

Ayam berbulu sutera ini lebih selesa hidup di kawasan yang beriklim panas dan kering.

Selain itu, ayam berbulu sutera lebih gemar menghabiskan masa dengan bertenggek atau berada di dalam sarang.

Ayam Telur Dan Khasiat Perubatan

Ayam Berbulu Sutera

Ayam berbulu sutera juga terkenal dengan kadar pengeluaran telur yang banyak berbanding ayam biasa dengan seekor ayam betina mampu bertelur lebih 200 biji setahun.

Keistimewaan yang dimiliki ayam berbulu sutera ini menjadikan ia ayam pilihan bagi penternak ayam telur.

Daging ayam berbulu sutera ini pula diperayai berkhasiat untuk merawat beberapa penyakit.

Kebiasaannya, daging ayam berbulu sutera akan dijadikan sup dan dimasak bersama herba.

Jadi, tidak hairanlah daging ayam berbulu sutera ini turut mendapat permintaan yang tinggi dipasaran.

Menurut kajian saintis mendapati, daging ayam berbulu sutera ini mempunyai kandungan karnosina dan zat antioksidan yang tinggi.

Kehadiran dua kandungan ini secara tidak langsung membantu merawat penyakit berbahaya dan melambatkan proses penuaan.

Asal usul Silky Chicken

Silky Chicken

Dari mana asalnya spesis ayam berbulu sutera?

Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Cleveland Metroparks Zoo, ayam berbulu sutera ini dikatakan berasal dari bahagian timur benua Asia.

Lokasi pertama ayam berbulu sutera ditemui adalah di negara China.

Selain itu, ayam berbulu sutera ini juga boleh ditemui di Asia Tenggara dan India.

BACA INI JUGA: 5 Spesis Ayam Paling Unik Dan Jarang Ditemui

-SENTIASAPANAS.COM

from SentiasaPanas http://ift.tt/2fV4mos via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...