loading...
ANAK DARA EMAS! Satu isu yang sungguh menarik dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang dipaparkan dalam akhbar Utusan Malaysia minggu lalu. Tajuknya ‘Selesai isu anak dara emas belum kahwin,’ membuat saya terpanggil untuk memberikan pandangan, sebab rasanya saya barrier layak menjawab isu tersebut kerana saya tergolong dalam gelaran ‘anak dara emas.’#
Gambar Hiasan |
“Walaupun ketika itu tidak ada gelaran tersebut, tetapi saya telah pegang gelaran tersebut lebih 18 tahun lalu, ketika itu perkataan ini tidak wujud dalam kamus masyarakat kita. Tetapi saya telah mendahuluinya.#
“Namun saya rasa bukan saya seorang sahaja ‘anak dara emas’ malah ramai lagi, yang memegang gelaran tersebut dan telah berkahwin lelaki bertaraf ‘plastik,’ tetapi sedihnya tidak ramai dalam kalangan kami yang bergelar ‘emas tempawan’ ini berjaya dalam dunia perkahwinan. Mungkin kerana gelaran ‘emas’ yang kami miliki ini terlalu berat untuk dipikul,” itu cerita Puan Maryani dalam e-melnya dan ketika kami bertemu.#
“Cuba pembaca perhatikan keliling anda ada atau tidak saudara mara anda termasuk dalam ‘anak dara emas’ ini yang berkahwin dengan lelaki ‘plastik’ dan tak setaraf dengannya dan hidup mereka bahagia? Saya fikir tak ramai, kalau pun ada dalam kalangan mereka yang bahagia boleh dikira dengan jari. Biasanya ramai gagal di tengah jalan.#
“Memetik kata-kata wakil dalam persidangan tersebut, beliau bersama sebuah NGO telah berjaya mencarikan jodoh untuk 25 orang wanita, termasuk 10 ‘anak dara emas’ yang bertaraf golongan wanita profesional dan bekerja sebagai pensyarah dan ahli akademi. Sebenarnya sejak dahulu ramai wanita profesional berkahwin dengan lelaki yang tidak setaraf dengan mereka, tetapi banyak yang gagal.#
“Semuanya berpunca daripada keadaan mereka yang ‘berdiri tak sama tinggi dan duduk tak sama rendah.’ Bukan menghina tetapi kenyataan, bila tak sama taraf , biasanya lelaki plastik ini cepat cemburu isterinya, mereka mula kawal pergerakan isteri mereka. Puncanya kerana mereka takut serta bimbang isteri mereka beralih pandangan kepada lelaki lain.#
“Keadaan itu tidak dapat kita nafikan, disebabkan cemburu yang keterlaluan inilah menjadi punca keretakan rumah tangga, diikuti pula dengan sifat suami yang suka menggertak isteri dan barrier utama cuba kawal pendapatan isterinya. Pendek kata semuanya berpunca kerana masalah kewangan dan keadaan mereka yang tidak setaraf.#
“Macam keadaan saya sendiri, sebagai seorang lulusan universiti tentulah gaji saya lebih tiggi daripada suami yang cuma lulus SPM. Tetapi kata orang, bila dah cinta semuanya kita tutup mata, kerana saya sendiri berpegang kuat kepada jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah dan tidak ada siapa yang boleh menghalang. Kerana itu saya setuju kahwin dengan Jalal walaupun saya maklum gaji dan kelulusannya tak setaraf saya.#
“Sejak mula berkawan lagi saya nasihatkan diri dengan kata-kata pujangga yang menjadi pegangan Jalal, bahawa “suami adalah ketua keluarga, syurga isteri di bawah tapak kaki suami.’’ Jadi saya dinasihatkan oleh Jalal berkali-kali jadilah isteri solehah dan berpeganglah kepada kata-kata pujangga ini jika hendak hidup selamat dunia akhirat.#
“Memang saya ikut dan bermulalah awal perkahwinan saya menjadi pengikut setia dan patuh kepada setiap perintah suami, kerana saya ingin jadi isteri solehah dan syurga di bawah tapak kaki suami. Maka saya ditentukan membuat pelbagai urusan rumah tangga.#
“Tanpa banyak soal dan bicara saya ikut kehendaknya. Dari seorang anak bertambah dua, dan akhirnya jadi tiga. Lama kelamaan saya perhatikan semua urusan rumah menjadi tugas mutlak saya, alasannya barrier biasa, dia akan uruskan nanti iaitu bila saya minta Jalal bantu keluarkan belanja untuk makan minum di rumah. Maklum bila anak bertambah ramai tentu belanja rumah semakin tinggi.#
#Berdegil#
“Bila saya perhatikan, semua tugas beralih pada saya, jadi apa tugas dia? Kita pun bukan bodoh sangat. Maka terjadilah banyak persoalan, ‘bila saya bayar semua urusan rumah, abang bayar apa? Duit abang pergi mana? Takkan semua benda saya nak kena bayar?#
“Di situlah semuanya bermula, pucuk pangkalnya semua berpunca kerana wang. Sementelah gaji saya banyak lebih lima kali ganda daripada gajinya, maka saya kena tanggung perbelanjaan satu rumah. Persoalan demi persoalan timbul. Akhirnya pastilah timbul pertengkaran.#
“Selepas 10 tahun berkahwin saya perhatikan sayalah yang beli rumah, saya bayar ansuran rumah, saya beli kereta hinggakan bayar kereta dia pun saya kena buat, tak masuk belanja rumah. Dia tanggung petrol dan susu anak sahaja. Tapi petrol untuk kegunaan dia sendiri, dan bila anak tak menyusu lagi adakah tugasnya tamat di situ sahaja?#
Macam mana bil elektrik, air dan telefon? Takkan sesekali saja dia bayar. Biasanya dia akan gunakan ‘ayat lazim’, “tunggulah minggu depan bayar”, akhirnya tak berbayar beberapa bulan, kerana takut TNB potong sayalah kena kena pergi bayar. Adilkah?#
“Semakin lama saya bersabar, hidup saya jadi tak keharuan. Semuanya kerana masalah ekonomi. Tambahan pula saya terpaksa berulang kerja di tempat yang jauh, petrol sahaja meningkat lebih RM1,000 sebulan termasuk tol, sedangkan dia kerja dekat sahaja, bila saya ajak pindah dekat tempat kerja saya untuk jimat belanja, dia tolak, alasan tak nak pindah kerja.#
“Pernah saya minta dia fikir tentang keselamatan saya berulang alik ke tempat kerja yang jauh dalam keadaan badan penat dan mengantuk. Sebab saya terpaksa bertolak dari rumah sebaik-baik sahaja lepas solat Subuh. Tiba rumah lepas 9 malam kalau ada mesyuarat. Tetapi dia masih berdegil, tidak mahu tukar kerja. Sebaliknya suruh saya tukar kerja.#
“Saya ceritakan kerja saya bukan senang nak dapat, gaji pun sudah tinggi, sedangkan kerja sepertinya melambat-lambak senang nak cari bila-bila sahaja boleh dapat, selain gajinya tidaklah tinggi. Tetapi alasannya duduk di bandar bukan senang, belanja hidup tinggi, trafik jam dan macam-macam lagi. Tetapi pernah tak dia terfikir tentang perbelanjaan yang selama ini saya keluarkan untuk keluarga bukan dia. Malangnya dia masih berdegil.#
“Perselisihan faham antara kami sering berlaku, saya sudah tak ingat lagi pasal isu syurga bawah tapak kaki suami, kerana saya fikir kalau syurga miliknya, maka dia mesti menyediakan segala-gala keperluan untuk kehidupan kami anak beranak, bukan meletakkan urusan keluarga kepada saya seorang diri. Apa tugas dia sebagai suami?#
“Selepas 10 tahun kahwin, hidup kami sudah tidak keruan lagi, pertengkaran sudah melarat kepada pukul memukul. Dua tiga kali kena penangan masih boleh sabar lagi. Menangis ajalah jadi ubat tenteramkan hati, tapi kalau dah berkali-kali, apa dia ingat muka dan badan kita ni tempat dia melepaskan penumbuk dia ke? Mak bapak kita pun tak pukul macam tu.
“Akhirnya kerana dah sakit kita pun lawanlah. Nak dijadikan cerita satu hari emak dan adik datang rumah sebab nak tanya khabar kerana cuti masuk hospital. Waktu itu kita tengah ‘berperang.’ Puncanya dia tak bagi saya duduk rumah emak. Saya minta izin dia, saya dan anak-anak duduk rumah emak pada hari kerja, hujung minggu baru balik ke rumah. Alasan saya dah penat jauh berulang alik antara rumah dengan pejabat. Dan bila dah naik pangkat mesyuarat pun makin kerap.
“Kalau sampai rumah jam 10 malam macam mana. Esok pagi-pagi nak pergi kerja lagi, tentulah susah. Saya mengantuk, saya penat. Tapi dia tak izinkan. Dia tetap suruh saya berulang alik. Bila saya suruh dia cari kerja lain, dia suruh saya berhenti kerja. Kalau saya berhenti, dia boleh ke nak bayar semua tanggungan selama ini, rumah, kereta dan makan minum anak-anak. Nak harap gaji dia memang tak cukup. Untuk dirinya sendiri bolehlah. Dia memang pentingkan diri sendiri.
“Apa lagi, terkejut beruk emak tengok kami bergaduh pukul memukul. Kata emak kalau dah macam ni eloklah kami fikirkan tentang perkahwinan kami. Sebab dah teruk sampai bengkak dan berdarah. Akibat emak cuba nasihat, maka dia dituduh campur tangan urusan kami.
“Hari itu juga saya balik rumah emak. Nak tenteramkan keadaan. Besoknya dia datang rumah emak dan tuduh dia jadi penghasut. Dan saya dituduh nusyuz. Sekali lagi kami berperang depan emak dan adik. Saya dapat cuti tiga hari. Bila saya pergi kerja kemudian Jalal serang saya dan buat heboh di pejabat. Dia sengaja buat bising untuk memalukan saya.
“Ketika itu saya memang sakit hati, sebab malu selalu gaduh di pejabat. Kadangkala dia serang saya di tempat letak kereta. Kerana dia tahu saya malu, berkali-kalilah dia serang saya di pejabat. Dia langsung tak hormat jawatan yang saya pegang. Kerana malu sentiasa diserang saya terpaksa letak jawatan. Dan saya minta cerai sebab tak tahan dengan perangainya.
“Serangan lepas berpisah memang teruk, penamatnya di mahkamah saya terpaksa guna peguam, lepas sah diceraikan saya tuntut hak penjagaan anak. Tetapi gagal, semua anak dia ambil. Dia tuduh saya nusyuz. Ketika itu saya hampir gila, murung, stres, dan malu jumpa orang walaupun adik-beradik sendiri. Saya berkurung dalam rumah tetapi nasib emak berjaya nasihatkan saya tetapi makan masa selama dua tahun baru saya dapat dipulihkan.
“Sampai sekarang walaupun dah lama bercerai, tetapi rasanya hidup saya belum aman sentiasa fikirkan anak. Doa saya satu hari nanti anak-anak akan ingatkan saya. Bukan saya sengaja nak tinggalkan mereka, tetapi kerana terpaksa. Rasanya kalau tak bercerai dulu mungkin saya dah jadi arwah atau salah seorang daripada kami masuk penjara, mungkin dia atau mungkin saya. Nasihat emak kalau dah teruk tak ada lagi makna perkahwinan.
“Jadi berdasarkan pengalaman pahit saya sebagai ‘Anak Dara Emas’ yang berkahwin dengan lelaki ‘plastik’ jodohnya memang tak lama, susah bila pemikiran tingkat kuno, dan perangai dan cara hidup kita berbeza. Kita yang berpendidikan tinggi tak boleh berkelakuan macam dia yang ‘somborono’ kita ada tata tertib dan budi bicara. Mereka bertindak ikut perasaan baran dan cemburu buta.
“Oleh kerana itu, nasihat saya kepada ‘Anak Dara Emas’ jika berhajat nak kahwin dengan lelaki yang kurang taraf pendidikannya fikirkanlah. Carilah yang betul-betul sesuai, jangan hanya nak kejar syurga, kerana bagi saya syurga tetap di bawah tapak kaki ibu,’’ Itu nasihat Maryani.
0 comments:
Post a Comment