Luahan Jalaluddin Hassan Setelah Isteri Tercinta Meninggal Dunia
Semalam, isteri kepada pelakon Datuk Jalaluddin Hassan iaitu Datin Hashimah disahkan meninggal dunia.
Arwahyarham meninggal akibat komplikasi pembedahan jantung.
melalui portal mStar, Jalaluddin Hassan berkongsi sedikit tentang isterinya itu.
Jom baca bicara dari Jalaluddin Hassan:
ISTERI TERBAIK
“Dia adalah wanita dan isteri terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya dan sukar sebenarnya saya menerima kehilangannya ini.
“Tetapi saya reda dengan ketentuan Allah tambahan pula sejak 40 tahun kami berkahwin, arwah sudah memberikan yang terbaik kepada saya dan keluarga.
“Tidak pernah sekali dia mengabaikan tanggungjawabnya malah dia sentiasa bersangka baik walaupun saya adakalanya memberinya cabaran,”
PUNCA KEMATIAN
“Semuanya berjalan dengan baik pada awalnya malah doktor memberitahu lima saluran jantung dapat dibuka dengan baik.
“Bagaimanapun dengan pelbagai komplikasi, jantung isteri saya lemah sebelum disahkan meninggal dunia,”
Jalaluddin berkata, dia berasa sayu namun tenang apabila melihat wajah isterinya dalam keadaan tersenyum dan seperti sedang tidur sebelum dikebumikan semalam.
Jenazah dikebumikan selepas solat Zohor pada Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.
Untuk pengetahuan, pasangan ini berkahwin pada 1976 mempunyai 8 orang anak dan 14 cucu. -PENMERAHDOTCOM
The post Luahan Jalaluddin Hassan Setelah Isteri Tercinta Meninggal Dunia appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2eryR4k via IFTTT
0 comments:
Post a Comment