Pasangan Lakukan Seks Dalam Kereta Mati Kerana Keracunan

loading...


SEPASANG kekasih menemui ajal akibat keracunan karbon monoksida, ketika mereka sedang melakukan seks di dalam kereta yang dihidupkan enjinnya dalam kejadian mengejutkan di Ufa, Rusia.

Pasangan itu dikenali sebagai Artem S, 18 dan Anna D, 20, memilih melakukan seks di dalam kereta yang diletakkan di dalam garaj selepas kedua-duanya tidak mempunyai tempat lain untuk melepaskan nafsu.

Mayat Artem ditemui dalam rangkulan Anna dan kedua-duanya dalam keadaan bogel,

Pasangan itu ditemui selepas keluarga Artem melancarkan gerakan mencarinya. Sebelum kejadian, Artem memberitahu keluarganya bahawa mereka mahu keluar berjalan-jalan.

Dalam pada itu, rakan rapat Artem berkata, hubungan pasangan itu masih terlalu baru malah Anna sendiri tidak memperkenalkan teman lelakinya kepada rakan-rakan lain.

Artem dijadual menamatkan pengajian di kolej dan bercita-cita untuk membuka bengkel kereta. from Kaki Share http://www.kakishare.my/2016/11/pasangan-lakukan-seks-dalam-kereta-mati.html via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...