Penggal Kepala Rakan Demi Buktikan Cinta Kepada Kekasih

loading...


MOSCOW – Bagi membuktikan cintanya, seorang remaja belasan tahun memenggal kepala seorang remaja lain dan membawa kepala mangsa untuk ditunjukkan kepada teman wanitanya.

Dalam kejadian Komsomolsk-on-Amur awal minggu ini, Nikita Rasskazov, 16, memenggal kepala Artyom Shustov, 19, selepas menuduh mangsa cuba merogol teman wanitanya, Olena Matsneva, 17.

The Sun melaporkan, menurut rakan Olena, gadis itu mengaku bermesra dengan Shustov sehingga lelaki itu cuba memaksanya melakukan seks.

Keesokannya dia memberitahu kekesalannya mengenai kejadian itu kepada teman lelakinya, Rasskazov.

Sebelum pembunuhan itu, dua remaja lelaki itu yang saling mengenali, bersetuju berbincang mengenai tuduhan cuba merogol itu dan bertemu di satu taman membawa kepada pertengkaran.

Rasskazov mengeluarkan pisau dan menikam Shustov dua kali di belakang sebelum memenggal kepalanya.

Menurut media tempatan, Shustov masih bernyawa apabila remaja itu memotong kepalanya hingga putus, memasukkannya ke dalam plastik sampah dan menyimpannya dalam beg galasnya.

Selepas menarik mayat Shustov yang tanpa kepala ke bahagian lain taman, Rasskazov pulang ke rumah, menyembunyikan pakaiannya yang berlumuran darah dalam almari, mandi dan tidur.

Akhbar The Siberian Times melaporkan, keesokannya remaja itu ke rumah teman wanitanya, menceritakan mengenai tindakannya dan menunjukkan kepala Shustov kepada Olena.

Menurut polis, dia menunjukkan kepala itu kerana mahu membuktikan cintanya kepada gadis itu.

Rasskazov kemudian memasukkan kepala itu dalam beg galas bersama ketulan batu dan mencampaknya ke dalam Sungai Silinka.

Remaja itu mengaku memenggal mangsa ketika disoal siasat.
from Kaki Share http://ift.tt/2epKSaq via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...