loading...
BIASANYA ajal datang menjemput dalam waktu apa yang kita selalu buat.
Kalau kerja yang sering dibuat ialah meragut. Maka kemungkinan besar, seseorang itu mati sewaktu meragut.
Jika kerja yang selalu dibuat ialah berzina atau berjudi. Anda boleh andaikan sendiri bagaimana cara seseorang itu mati, melainkan dia sempat bertaubat dan insaf dengan perbuatannya.
Hendak dijadikan cerita, seorang lelaki yang cuba melarikan diri selepas meragut dilaporkan maut setelah motosikal yang diboncengnya terlibat dalam kemalangan di Johor Bahru, semalam.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian dikatakan berlaku di persimpangan jalan berhampiran Eco World i Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada jam 5.15 petang.
Suspek maut di lokasi kejadian.
SUSPEK MAUT DI LOKASI KEJADIAN.
Menurut saksi, suspek yang membonceng bersama seorang lagi rakannya sebelum kejadian dikatakan berpura-pura bertanyakan arah jalan kepada dua orang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.
Salah seorang daripada kanak-kanak itu dikatakan memberitahu arah jalan sambil bermain dengan telefon bimbit di tangannya.
ragutragut2
Tanpa diduga, suspek secara tiba-tiba merampas telefon bimbit dan melarikan diri. Kebetulan orang ramai yang ternampak kejadian itu terus mengejar kedua-dua suspek berkenaan.
Bagaimanapun, nasib dua suspek berkenaan terus bertukar malang apabila terlibat dalam kemalangan motosikal yang ditunggang mereka dari arah Jalan Bachang menghala ke Jalan Pulasan melanggar sebuah kereta yang keluar dari Eco World.
Suspek maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, manakala seorang lagi rakannya patah kaki kiri dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan ikhtibar buat kita semua. from Kaki Share http://ift.tt/2fSGy8k via IFTTT
0 comments:
Post a Comment