loading...
Tajuk entri kali ini bukanlah sekadar sembang kosong ataupun menuding jari. Namun, memetik kajian universiti tempatan dengan portal YouthSaysdotcom, “Sebanyak 60 peratus gadis hilang dara menjelang umur 18 tahun, manakala 24 peratus daripada mereka mengaku pernah melakukan seks dengan lima kekasih.
Persoalannya dimanakah harga diri anak muda pada hari ini? Jika kita bandingkan dengan wanita pada era 80 an, rata-rata mereka akan menjawab, 'zaman dahulu kalau anak dara nak keluar rumah pun mahu dikejar dek parang'
Tidak dinafikan penagaruh teknologi dan media massa memberikan kesan yang sangat buruk kepada anak dara pada hari ini. Umur lingkungan 18 tahun sudah melakukan hubungan seks dan 24% sudah melakukan hubungan seks dengan lima kekasih berlainan? 60% sudah tiada dara? Tidakah angka itu sangat membimbangkan? Pada admin perihal ini berkait rapat dengan jati diri induvidu sendiri.
Janganlah kita menuding jari kepada ibu bapa. Bukan salah ibu yang mengandung mahupun ayah yang membuntingkan ibu. Sering juga kita dengar sesetengah anak pak imam jadi hantu masyarakat dan tidak kurang juga kes menconteng arang di muka orang tua. Sangatlah menyedihkan apabila rata-rata masyarakat sering menuding jari kepada ibu bapa. Cuba bayangkan jika anda di tempat ibu bapanya, anda sudah penat didik tetapi anak sendiri yang menconteng arang di muka anda? Jadi usah menudung jari. from Kaki Share http://ift.tt/2epokqb via IFTTT
0 comments:
Post a Comment