loading...
SOLAT JUMAAT PERTAMA
MASJID KOLEJ SOFA LONDON
As sofa terus melakarkan sejarah baru buat Islam terutamanya sebagai bangsa dan komuniti Malayu. Ini kerana Buat pertama kalinya solat Jumaat akan dilangsungkan di Masjid yang ditubuhkan oleh orang melayu pertama di Kota London. Ini merupakan satu perkembangan baik bagi Melayu Islam di Kota tersebut.
Selepas 100 tahun (1338H-1438H) bermulanya kehadiran orang melayu di United Kingdom maka As Sofa melangkah ke hadapan dengan memikul tanggungjawab menyediakan Masjid Kolej Sofa London demi kepentingan dan kemudahan masyarakat melayu United Kingdom bagi memastikan mereka dapat menunaikan ibadah dan menuntut ilmu agama selaras dengan resam adat melayu nusantara.
Salah satu keutamaan dan program yang akan dijalankan adalah solat jumaat, kerana solat jumaat ini akan mengumpulkan komuniti Malayu Nusantara dalam satu kawasan khusus serta khutbahnya didalam bahasa ibunda. Masjid kolej sofa
London yang boleh menampung sebanyak 200 jemaah dalam satu masa ini akan menjadi tempat perkumpulan komuniti melayu terbesar di benua eropah. Sekaligus ianya akan dapat menjadi tempat penyatuan pemikiran, aqidah, mazhab dan lain lain lagi.
Semoga anugerah dan nikmat yang Allah kurniakan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Inilah As sofa ... dan inilah perjuangannya, selagi ada umat Islam terutamanya Melayu badan atau organisasi ini akan sentiasa mengambil perhatian dan penuh tanggungjawab bagi memastikan seluruh Melayu Islam mendapat keperluan dalam aspek Ibadah dan aqidah. Kita patut berbangga dengan As sofa atas usaha dan keperihatinan yang diberikan. Semoga Allah memberikan kekuatan dan dipermudahkan misi serta visi As Sofa.
Tahniah Dato' Hj. Muhammad Fuad bin Kamaludin. Tahniah As Sofa, Tahniah Malaysia.
@kolej islam asssofa
@yayasan assofa
@kolej islam asssofa
@yayasan assofa
0 comments:
Post a Comment