" Suami Juga Kena Bergaya Untuk Isteri, Jangan Ingat Isteri Sahaja Perlu Bergaya Untuk Suami"

loading...


Jangan ingat isteri je harus bergaya untuk suami, suami pun kena bergaya tau untuk isteri.


Suatu hari, seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar bin al-Khattab. Dengan wajah seribu harapan, wanita tersebut meminta Khalifah Umar mengizinkan dirinya bercerai dengan suaminya.

"Wahai Amirul Mukminin, aku bukan bagi diriku dan bukan pula suamiku ini. Bebaskanlah aku daripadanya." ucap wanita itu penuh mengharap.

Tetapi Khalifah Umar tidak segera menjawab permohonan itu. Beliau memandang ke arah suami wanita itu. Rambutnya kusut-masai, kukunya panjang, janggutnya tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara berpakaiannya benar-benar tidak sedap mata memandang.


Lalu Khalifah Umar memberi isyarat kepada lelaki itu. Beliau memerintahkan lelaki itu mandi, memotong kuku, memotong rambut dan menyisirnya dengan rapi. Maka lelaki itu pun pergi melaksanakan perkara yang diperintahkan oleh Khalifah Umar.

Tidak berapa lama kemudian, lelaki itu datang kembali. Lalu Khalifah Umar mengisyaratkan supaya lelaki itu memgang tangan isternya yang langsung tidak mengenalinya.

Wanita itu terkejut kerana "lelaki asing" itu memegang tangannya lantas berkata :"Wahai hamba ALLAH, subhanALLAH! Apakah engkau tidak malu melakukan perkara seperti ini di hadapan Amirul Mukminin?

Melihat adegan tersebut, Amirul Mukminin tersenyum lalu menjelaskan kepada wanita tersebut bahawa lelaki yang menggenggam tangannya itu ialah suaminya sendiri.

Dengan tersipu-sipu, wanita itu berkata kepada Khalifah Umar bahawa dia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini. Akhirnya pasangan itu pun kembali dengan mesra bergandingan tangan.

"Begitulah seharusnya para suami mempersembahkan diri kepada si isteri. Sesungguhnya isteri lapang hatinya apabila suami berhias untuk mereka, sebagaimana suami berasa tenang dan senang apabila isteri berdandan untuk mereka." Kata Saidina Umar al-Khattab from Kaki Share http://ift.tt/2gesNSS via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...