Sudah 6 Bulan Tidak Tinggal Sebumbung, Dira Abu Zahar Sedang Tunggu Keputusan Mahkamah

loading...
Sebelum ini ada desas-desus tentang keruntuhan rumah tangga Dira Abu Zahar dan suaminya, Helmi Yusof. Namun Dira telah menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan yang dirinya masih bergelar seorang isteri. Namun enggan membenarkan para peminat berteka-teki, akhirnya Dira tampil membuat pengakuan tentang status perkahwinannya.
dira abu zahar cerai
Dira mengakui yang dirinya dan suami sudah tidak tinggal sebumbung sejak 6 bulan yang lalu. Mereka kini sedang menunggu keputusan mahkamah berkaitan penceraian. Apa pun, keretakan perkahwinan mereka bukanlah kerana kewujudan orang ketiga sebaliknya kerana kesibukan Dira dan suami. Kata Dira:-
Memang sejak Jun lalu kami sudah tidak lagi tinggal bersama. Malah, tiada komunikasi langsung diantara kami hingga ke saat ini. Baik saya mahupun dia, masing-masing meneruskan kerja kami seperti biasa. Saya sendiri ketika ini hanya menunggu keputusan rasmi kerana ia turut membabitkan pihak mahkamah, ada perkara belum diselesaikan.
Keretakan hubungan kami berpunca dari diri kami sendiri yang gagal mengurus masa ekoran sibuk dengan tuntutan kerja sehingga tanggungjawab sebagai suami isteri terabai
dira
Sesungguhnya tiada manusia yang mahukan sesebuah perkahwinan itu berakhir dengan penceraian. Namun kalau sudah sampai di sini saja jodohnya, siapalah kita untuk menilai baik dan buruk pasangan tersebut. Semoga Dira dan Helmi akan lebih tenang selepas ini. Sama-sama kita doakan agar urusan mereka dipermudahkan.
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...