'Terkejut Tengok Dia Keluarkan Kemaluannya' - Wanita Ini Dakwa Terima Gangguan Seksual Dari Pemandu Grab

loading...


KUALA LUMPUR - Seorang pengguna Grab kongsi pengalaman pahitnya di laman Twitter. Mangsa langsung tidak menyangka lelaki terbabit berani berbuat demikian dan trauma dengan kejadian itu. Mangsa telah membuat aduan pada pihak Grab, namun tiada sebarang tindakan yang akan diambil sekiranya mangsa tidak membuat laporan polis.

Berdasarkan perkongsian rakan mangsa, pemandu Grab terbabit adalah seorang jurutera di sebuah syarikat televisyen swasta.

Kepada golongan wanita, berhati-hatilah bila menggunakan perkhidmatan teksi, Grab Cars, Uber dan seumpamanya. Hari ini (semalam) saya menggunakan khidmat GrabHitch dan tak sangka ia menjadi satu pengalaman yang amat menjijikkan serta menakutkan.

Saya masuk ke dalam kereta Nissan Almera dan pemandu lelaki ini hanya berpakaian singlet dan seluar pendek sahaja. Saya bersangka baik pada waktu itu, mungkin dia bukan profesional. Dia cuba bercakap dengan saya namun saya tak endah walaupun dalam masa yang sama saya sudah mula rasa seram semacam.

Ketika memasuki lebuhraya, saya terpandang ke arahnya dan ternampak dia mengeluarkan kemaluannya. Saya terkejut dan mula panik. Mujur di tangan saya pada ketika itu memegang kunci yang boleh dijadikan sebagai alat mempertahankan diri. Dalam hati mahu saja keluar cepat dari kereta ini, tetapi nak keluar ke mana sedangkan kami berada di lebuh raya.

Di tangan, sudah bersedia menghubungi polis dan ketika itu juga saya sudah hampir tiba di destinasi, Sunway.
Enggan mengalah, lelaki itu cuba memanggil saya dengan siulan sekali lagi. Tetapi saya berpura-pura sedang bercakap dalam talian kononnya tidak mendengar panggilannya. Masih belum berputus asa, dia mula bertanya hal-hal peribadi dan saya hanya menjawabnya sesekali, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dalam masa yang sama saya sudah bersedia menyerangnya dengan kunci.

Tiba di destinasi, saya terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam bangunan lalu menghubungi pihak Grab. Panggilan saya dijawab oleh seorang operator wanita yang mengatakan dia tidak tahu apa yang patut dilakukan dengan kejadian itu. Lalu dia meminta saya membuat aduan secara e-mel kepada mereka.

Jujur saya kecewa namun saya akur dan buat aduan seperti yang dipinta. Selesai membuat aduan, saya tertanya-tanya apakah mereka akan mengambil tindakan terhadap pemandu itu atau hanya akan mentertawakan saya sahaja?

Jujur saya marah dan paranoid dengan kejadian itu. Jadi kepada golongan wanita, mohon berhati-hati dan sentiasa bawa penyembur lada atau pisau kecil atau senjata, paling tidak pun kunci untuk mempertahankan diri.

Saya faham bahawa lelaki itu tidak melakukan apa-apa terhadap saya. Bagaimana sekiranya lelaki itu bertindak melakukan sesuatu terhadap saya? Kemudian apa?

Susulan aduan itu, saya telah dihubungi oleh Grab yang menasihatkan saya untuk membuat laporan polis. Namun timbul pula masalah lain iaitu saya tidak mempunyai bukti atau bukti bergambar. Selain itu, jika saya buat laporan polis, pasti lelaki itu tahu siapa yang membuat aduan tersebut dan akan datang mencari saya kerana dia mempunyai nombor telefon dan alamat rumah saya.

Menurut penasihat undang-undang, adalah tidak berbaloi saya mengambil tindakan terhadap lelaki itu kerana tindakan itu akan memakan diri saya semula. Jadi, apa yang saya boleh lakukan ialah, menyeru golongan wanita berhati-hati bila menggunakan perkhidmatan Grabcars, Uber atau teksi. from Kaki Share http://ift.tt/2fOoAFg via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...