loading...
Permasalahan fitrah sebenarnya merupakan sesuatu yang menjadi perhatian besar bagi Islam namun kerana masalah yang menghadapi masyarakat Islam hari ini maka kita semua menerima balanya.
“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).” (Surah Ar-Rum :30).Soalan : Ustaz, jika saya sering kali tidak puas bila bersama suami oleh sebab keadaan suami saya yang uzur, perlukah saya beronani, dan apakah hukumnya dalam islam..??
Sudah beberapa kali saya ditanya mengenai masalah onani ini dan saya sudah menjelaskan kepada setiap individu secara peribadi tanpa menulis dikhalayak kerana ianya mengaibkan namun demi kerana sudah terlalu ramai memerlukan maka saya tampilkan penulisan ini bagi menjawab permasalahan ini.
Sebelum saya menjawab soalan tadi, saya ingin menyatakan sedikit nas-nas dan maksud beronani itu dahulu.
Manusia diciptakan secara fitrah yang memerlukan pasangan dan teman serta memerlukan kepuasan batin dari hubungan lain jantina dan ini disebut oleh Allah swt :
Sesungguhnya setiap lelaki bagi tua atau muda mereka diciptakan dengan mempunyai zakar sebagai alat untuk memenuhi fitrah batin mereka sebagaimana mulut dijadikan sebagai alat untuk makan bagi memenuhi fitrah manusia yang perlu makan dan minum demi meneruskan kehidupan maka demikianlah zakar yang diciptakan Allah swt demi sebagai anggota yang memerlukan faraj demi memenuhi keperluan batinnya secara fitrah.
Golongan lelaki yang tidak mampu berkahwin di Malaysia ini begitu ramai sekali khususnya golongan remaja yang berumur di antara 17 hingga 25 tahun apabila waktu ini merupakan waktu kemuncak syahwat dan asmara yang secara fitrah memerlukan wanita dan kepuasan seks.
Demikianlah juga wanita dalam tempoh sebegini mereka juga tidak dapat mengelak diri dari terjatuh ke lembah maksiat lantaran godaan nafsu dan fitrah yang memerlukan pasangan dan seks.
Islam menyelesaikan masalah fitrah bagi lelaki dan wanita dalam soal seks ialah dengan mewujudkan ibadah nikah dan perkahwinan namun hal ini hanyalah tinggal teori sahaja sebabnya pelaksanaan nikah dan perkahwinan itu pada masa kini bukanlah lagi sesuatu yang mudah sebaliknya menjadi satu kerja gila yang menyerabutkan.
Perkahwinan di Malaysia sebagai contoh, memerlukan seorang lelaki itu mempunyai belanja dan wang yang banyak sehingga belanja kahwin sahaja boleh menjangkau sehingga RM 10 000 dan itu belum termasuk belanja kehidupan keluarga yang semakin hari semakin mahal.
Tidak ramai yang mampu untuk bernikah kerana pernikahan itu sukar sekali baik kerana masalah kewangan, kerana masalah keluarga dan kerana masalah sukar mencari pasangan atau pelbagai lagi.
Wanita Islam di Malaysia juga ramai yang sudah berumur lewat 28 tahun atau 30 an namun masih belum mempunyai pasangan dan belum bekeluarga lantaran tiada jodoh atau pun bermasalah keluarga seperti mempunyai ibubapa yang gila.
Onani ialah perbuatan mengeluarkan air mani bagi lelaki dengan mengunakan tangan dan inilah kaedah yang biasa dilakukan manakala bagi sesetengah golongan ialah mengunakan alatan seperti patung wanita yang diperbuat dengan getah seperti yang dijual di farmasi Eropah.
Berdasar maklumat yang diperolehi dari pakar perubatan seperti Dr Ismail Thamby mereka menyebut onani dilakukan sambil mengunakan alatan pelican seperti sabun, gel dan lain-lain bagi mendatangkan kepuasan syahwat sementara sebagai melepaskan tekanan seksual.
Manakala bagi wanita ialah dengan memasukan jari atau sesuatu alatan keras ke dalam faraj mereka bagi menimbulkan rangsangan pada faraj sehingga mencapai klimaks iaitu kepuasan syahwat.
Hukum Onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat ialah harus dan tidak berdosa. Bahkan kaedah fiqhiyah juga menyebut : الضرورات تبيح المحظورات
“ Kemudharatan itu membolehkan apa yang terlarang” (lihat Qawaid fiqhiyah m/s 67 oleh Dr Abd Karim Zaidan).
Inilah pendapat yang diriwayatkan dari Imam Ibn taimiyyah dan Ibn Qayyim serta dari Ibn Aqil bahkan pendapat ini diperkuatkan oleh Imam Ahmad dengan riwayat bahawa para sahabat terdahulu beronani dalam perang dan ketika musafir sebagai keharusan melakukan onani apabila terdesak dan perlu (lihat Al-bada’I wal fawa’id m/s 870 Jilid 2).
Adapun apabila melakukan onani itu hanya kerana mencari keseronokan dan berhibur dengannya maka hukumnya ialah haram dan ditegah ini kerana ianya termasuk perbuatan yang keji dan kotor serta memudharatkan akal dan jiwa sehingga menjadikan diri dikuasai oleh syahwat dan dibimbangi terjebak kepada zina.
Namun apabila syahwat itu terlalu mendesak dan mengoda maka tidaklah mengapa beronani dengan tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syhawat demi mencegah zina.
Walaubagaimana pun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam beronani iaitu :
Hukum onani akan menjadi haram apabila seorang lelaki itu mengunakan gambar lucah, atau bayangan di otaknya akan perkara kotor atau berkhayal wanita kerana ini bukan lagi beronani demi mencegah zina sebaliknya ianya sudah bertujuan mencari kepuasan dan berseronok dan ini diharamkan.
Tidak boleh berseronok dengan jalan yang haram.
Adapun sebaliknya mereka yang terdesak cukup sahaja beronani tanpa perlu bayangan dan khayalan atau apa-apa modal yang haram kerana niatnya sekadar untuk mengurang tekanan seksual dan ini dibolehkan.
Begitu juga wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka tidak mengapa mereka beronani dengan mengunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokkan.
Firman Allah swt :
Juga diharamkan berkhayal kotor dan menonton filem kotor kerana Islam mengharamkan demikian. Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ianya terdesak dan demi mencegah zina.
Menjawab golongan yang mengharamkan onani secara mutlak
Mereka (para fuqaha) yang mengharamkan onani secara mutlak adalah kerana hujah mereka berdasarkan hadith Abdullah ibn Mas’ud yang baginda pernah bersabda :
Hadith ini dijadikan hujah bahawa bagi golongan yang tidak mampu bernikah maka hendaklah dia berpuasa dan menuruti pertunjuk sunnah dalam menghadapi suasana kesusahannya yang tidak mampu bernikah itu dengan berpuasa bukan dengan melakukan onani yang merupakan perbuatan kotor.
Menjawab kepada hadith ini ialah :
Baginda tidak pernah menjadikan atau menilai kemampuan untuk bernikah itu mesti berharta atau mempunyai RM 10 000 untuk belanja nikah baru boleh bernikah atau mesti mempunyai kerja tetap sebab takut si perempuan nantinya kena makan pasir sebab si suami tiada kerja.
Ini kerana dalam hadith yang lain seperti hadith Sahl bin Said As-Sa’adi bahawa baginda pernah menikahkan seorang sahabat dengan maskahwin (mahar) hanya berupa beberapa ayat dari Al-Qur’an disebabkan sahabat tersebut terlalu miskin sehingga tidak punyai apa-apa untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin besi (sila lihat hadith sahih riwayat bukhari no. 5087 dan Muslim no. 3472 dan daruquthni dll).
Maka inilah yang disebut dalam firman Allah :
Selain itu, sangat tidak dapat diterima bahawa bagi mereka yang gagah dan kukuh mampu bersetubuh dan kuat syahwatnya hanya disuruh berpuasa sedang di jalan-jalan dan sekitar penuh wanita dan godaan siang malam baik dalam televisyen, jalan-jalan tempat kerja dan tempat belajar dan sekeliling.
Sungguh pun Islam menyuruh menundukkan pandangan, menjaga hati dan ditambah berpuasa namun dalam suasana hari ini tekanan dan desakan itu tetap akan menekan dan memberi kesan besar bagi jiwa lalu dalam hal ini ubat seperti onani diperlukan namun haruslah digunakan sekadar menutup dan menolak mudharat sahaja tanpa berlebih. Sabda baginda : “Sesungguhnya agama ini ialah mudah dan tidaklah yang (sengaja) menyusahkan dirinya dalam hal agama ini melainkan dia akan dikalahkan (tidak mampu)” (hadith sahih riwayat bukhari syarah ibn hajar jilid 1 m/s 93).
Kesimpulan :
Diperbolehkan barangsiapa yang terdesak dan perlu menurunkan tekanan syahwatnya untuk beronani dan ini dibuat dengan turut berusaha mempertingkatkan usahanya untuk membolehkan nikah demi mencapai perintah Allah.
Tidak boleh beronani jika ianya dibuat semata-mata untuk seronok dan mencari kepuasan kerana Islam mengharamkan perbuatan onani yang mencari keseronokkan kerana ianya mendekati zina dan kekejian.
Bagi mereka yang berusaha untuk nikah namun tidak mampu kerana masalah kewangan, masalah keluarga akibat punyai ibu bapa yang bodoh dan gila lagi tidak memahami maka hendaklah mengadu kepada mereka yang alim dan mempunyai kelebihan moga dapat dibantu.
Segala puji hanyalah bagi Allah swt.

“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).
Sesungguhnya setiap lelaki bagi tua atau muda mereka diciptakan dengan mempunyai zakar sebagai alat untuk memenuhi fitrah batin mereka sebagaimana mulut dijadikan sebagai alat untuk makan bagi memenuhi fitrah manusia yang perlu makan dan minum demi meneruskan kehidupan maka demikianlah zakar yang diciptakan Allah swt demi sebagai anggota yang memerlukan faraj demi memenuhi keperluan batinnya secara fitrah.
“ Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).”(Surah Ar-Rum :30).Tidaklah golongan yang menyalahi fitrah yang diciptakan Allah swt melainkan dia itu zalim dan melampaui batas manakala bagi mereka yang tidak terpenuhi fitrah yang diciptakan Allah maka menderitalah mereka dalam kesusahan.
Golongan lelaki yang tidak mampu berkahwin di Malaysia ini begitu ramai sekali khususnya golongan remaja yang berumur di antara 17 hingga 25 tahun apabila waktu ini merupakan waktu kemuncak syahwat dan asmara yang secara fitrah memerlukan wanita dan kepuasan seks.
Demikianlah juga wanita dalam tempoh sebegini mereka juga tidak dapat mengelak diri dari terjatuh ke lembah maksiat lantaran godaan nafsu dan fitrah yang memerlukan pasangan dan seks.
Islam menyelesaikan masalah fitrah bagi lelaki dan wanita dalam soal seks ialah dengan mewujudkan ibadah nikah dan perkahwinan namun hal ini hanyalah tinggal teori sahaja sebabnya pelaksanaan nikah dan perkahwinan itu pada masa kini bukanlah lagi sesuatu yang mudah sebaliknya menjadi satu kerja gila yang menyerabutkan.
“ Allah mengehendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al-Baqarah : 185).
Perkahwinan di Malaysia sebagai contoh, memerlukan seorang lelaki itu mempunyai belanja dan wang yang banyak sehingga belanja kahwin sahaja boleh menjangkau sehingga RM 10 000 dan itu belum termasuk belanja kehidupan keluarga yang semakin hari semakin mahal.
Tidak ramai yang mampu untuk bernikah kerana pernikahan itu sukar sekali baik kerana masalah kewangan, kerana masalah keluarga dan kerana masalah sukar mencari pasangan atau pelbagai lagi.
Wanita Islam di Malaysia juga ramai yang sudah berumur lewat 28 tahun atau 30 an namun masih belum mempunyai pasangan dan belum bekeluarga lantaran tiada jodoh atau pun bermasalah keluarga seperti mempunyai ibubapa yang gila.
“ Dan tidaklah kami menjadikan deen ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan” (Al-hajj : 78).Kembali pada topik asal, lalu akibat dari kesusahan untuk melepaskan nafsu dan memuaskan fitrah menurut kaedah yang asal iaitu bernikah maka ramai orang baik lelaki dan wanita mengambil jalan mudah dengan melakukan onani bagi menyelesaikan masalah mereka.
“Allah mengehendaki kemudahan bagi kamu dan sesungguhnya diciptakan manusia itu dalam keadaan yang dhaif (lemah)”(Surah An-Nisa : 27).
Onani ialah perbuatan mengeluarkan air mani bagi lelaki dengan mengunakan tangan dan inilah kaedah yang biasa dilakukan manakala bagi sesetengah golongan ialah mengunakan alatan seperti patung wanita yang diperbuat dengan getah seperti yang dijual di farmasi Eropah.
Berdasar maklumat yang diperolehi dari pakar perubatan seperti Dr Ismail Thamby mereka menyebut onani dilakukan sambil mengunakan alatan pelican seperti sabun, gel dan lain-lain bagi mendatangkan kepuasan syahwat sementara sebagai melepaskan tekanan seksual.
Manakala bagi wanita ialah dengan memasukan jari atau sesuatu alatan keras ke dalam faraj mereka bagi menimbulkan rangsangan pada faraj sehingga mencapai klimaks iaitu kepuasan syahwat.
Hukum Onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat ialah harus dan tidak berdosa. Bahkan kaedah fiqhiyah juga menyebut : الضرورات تبيح المحظورات
“ Kemudharatan itu membolehkan apa yang terlarang” (lihat Qawaid fiqhiyah m/s 67 oleh Dr Abd Karim Zaidan).
Inilah pendapat yang diriwayatkan dari Imam Ibn taimiyyah dan Ibn Qayyim serta dari Ibn Aqil bahkan pendapat ini diperkuatkan oleh Imam Ahmad dengan riwayat bahawa para sahabat terdahulu beronani dalam perang dan ketika musafir sebagai keharusan melakukan onani apabila terdesak dan perlu (lihat Al-bada’I wal fawa’id m/s 870 Jilid 2).
Adapun apabila melakukan onani itu hanya kerana mencari keseronokan dan berhibur dengannya maka hukumnya ialah haram dan ditegah ini kerana ianya termasuk perbuatan yang keji dan kotor serta memudharatkan akal dan jiwa sehingga menjadikan diri dikuasai oleh syahwat dan dibimbangi terjebak kepada zina.
Namun apabila syahwat itu terlalu mendesak dan mengoda maka tidaklah mengapa beronani dengan tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syhawat demi mencegah zina.
Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan”(hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim).
Walaubagaimana pun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam beronani iaitu :
Hukum onani akan menjadi haram apabila seorang lelaki itu mengunakan gambar lucah, atau bayangan di otaknya akan perkara kotor atau berkhayal wanita kerana ini bukan lagi beronani demi mencegah zina sebaliknya ianya sudah bertujuan mencari kepuasan dan berseronok dan ini diharamkan.
Tidak boleh berseronok dengan jalan yang haram.
Adapun sebaliknya mereka yang terdesak cukup sahaja beronani tanpa perlu bayangan dan khayalan atau apa-apa modal yang haram kerana niatnya sekadar untuk mengurang tekanan seksual dan ini dibolehkan.
Begitu juga wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka tidak mengapa mereka beronani dengan mengunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokkan.
Firman Allah swt :
“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (surah : at-taghabun :16).
Juga diharamkan berkhayal kotor dan menonton filem kotor kerana Islam mengharamkan demikian. Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ianya terdesak dan demi mencegah zina.
Menjawab golongan yang mengharamkan onani secara mutlak
Mereka (para fuqaha) yang mengharamkan onani secara mutlak adalah kerana hujah mereka berdasarkan hadith Abdullah ibn Mas’ud yang baginda pernah bersabda :
“ Wahai Para pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka bernikahlah kerana sesungguhnya dengan nikah itu dapat menundukkan pandangan dan menyelamatkan kemaluan (kehormatan) dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa sesungguhnya bagi berpuasa itu satu perlindungan”(hadith sahih riwayat bukhari no. 5063 , Muslim no. 3389 nasaie dan Ahmad).
Hadith ini dijadikan hujah bahawa bagi golongan yang tidak mampu bernikah maka hendaklah dia berpuasa dan menuruti pertunjuk sunnah dalam menghadapi suasana kesusahannya yang tidak mampu bernikah itu dengan berpuasa bukan dengan melakukan onani yang merupakan perbuatan kotor.
Menjawab kepada hadith ini ialah :
Pertama baginda menyebut perkataan ( الباءة) yang diterjemahkan oleh saya sebagai “mampu bernikah” secara lafaz umum namun sebenarnya menurut fuqaha perkataan “alba’ath” ini bermaksud kemampuan untuk berjima ‘ (bersetubuh) maka itulah yang dimaksudkan oleh baginda sebagai kemampuan untuk bernikah dalam hadith di atas (sila lihat fiqh sunnah m/s 105 Jilid 2).
Baginda tidak pernah menjadikan atau menilai kemampuan untuk bernikah itu mesti berharta atau mempunyai RM 10 000 untuk belanja nikah baru boleh bernikah atau mesti mempunyai kerja tetap sebab takut si perempuan nantinya kena makan pasir sebab si suami tiada kerja.
Ini kerana dalam hadith yang lain seperti hadith Sahl bin Said As-Sa’adi bahawa baginda pernah menikahkan seorang sahabat dengan maskahwin (mahar) hanya berupa beberapa ayat dari Al-Qur’an disebabkan sahabat tersebut terlalu miskin sehingga tidak punyai apa-apa untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin besi (sila lihat hadith sahih riwayat bukhari no. 5087 dan Muslim no. 3472 dan daruquthni dll).
Maka inilah yang disebut dalam firman Allah :
“Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).Oleh yang demikian, apabila disimpulkan dalam hadith ini bahawa barangsiapa yang mampu bersetubuh maka hendaklah bernikah maka bukankah semua orang sekarang mampu bersetubuh kecuali mereka yang sakit dan yang punyai nafsu namun tidak mampu bersetubuh lantaran lemah ereksi atau punyai masalah kesihatan maka mereka itulah yang wajar berpuasa.
Selain itu, sangat tidak dapat diterima bahawa bagi mereka yang gagah dan kukuh mampu bersetubuh dan kuat syahwatnya hanya disuruh berpuasa sedang di jalan-jalan dan sekitar penuh wanita dan godaan siang malam baik dalam televisyen, jalan-jalan tempat kerja dan tempat belajar dan sekeliling.
Sungguh pun Islam menyuruh menundukkan pandangan, menjaga hati dan ditambah berpuasa namun dalam suasana hari ini tekanan dan desakan itu tetap akan menekan dan memberi kesan besar bagi jiwa lalu dalam hal ini ubat seperti onani diperlukan namun haruslah digunakan sekadar menutup dan menolak mudharat sahaja tanpa berlebih. Sabda baginda : “Sesungguhnya agama ini ialah mudah dan tidaklah yang (sengaja) menyusahkan dirinya dalam hal agama ini melainkan dia akan dikalahkan (tidak mampu)” (hadith sahih riwayat bukhari syarah ibn hajar jilid 1 m/s 93).
Kesimpulan :
Diperbolehkan barangsiapa yang terdesak dan perlu menurunkan tekanan syahwatnya untuk beronani dan ini dibuat dengan turut berusaha mempertingkatkan usahanya untuk membolehkan nikah demi mencapai perintah Allah.
“ Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar dengan kemampuannya” (Al-Baqarah : 286).
Tidak boleh beronani jika ianya dibuat semata-mata untuk seronok dan mencari kepuasan kerana Islam mengharamkan perbuatan onani yang mencari keseronokkan kerana ianya mendekati zina dan kekejian.
“ Adapun orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan diri daripada hawa nafsunya maka syurgalah tempatnya” (An-Nazi’at : 40-41).Baik lelaki mahupun perempuan yang beronani demi terpaksa menenangkan syahwatnya hendaklah banyak mengawal diri dan berusaha mendekat diri kepada Allah swt sambil banyak berdoa kerana Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan memberikan ubatnya dan ubat syahwat ialah nikah.
Bagi mereka yang berusaha untuk nikah namun tidak mampu kerana masalah kewangan, masalah keluarga akibat punyai ibu bapa yang bodoh dan gila lagi tidak memahami maka hendaklah mengadu kepada mereka yang alim dan mempunyai kelebihan moga dapat dibantu.
" Bertanyalah kamu kepada orang yang mengerti jika kamu tidak mengetahui " (Surah An-Nahl : 43).“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya” (Surah Thalaq : 2-3).
Segala puji hanyalah bagi Allah swt.
0 comments:
Post a Comment