WhatsApp Merupakan Medium Utama Kes Curang dan Perceraian di Malaysia

loading...




Perceraian adalah perkara yang dibenci ALLAH SWT tetapi hukumnya halal.

Ini menunjukkan tindakan perceraian boleh diambil sebagai jalan terakhir, namun Islam tidak menggalakkan ianya berlaku.

Namun, dewasa ini banyak kes perceraian melibatkan pasangan muda antaranya masih berusia awal 20-an atau 30-an.

Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk/Imam Kariah Taman Keladi,
bidin Hasan berkata, perkara itu amat membimbangkan di mana boleh dikatakan anggaran pasangan yang ingin mendaftarkan pernikahan lebih kurang sama jumlahnya dengan bilangan yang mendaftarkan perceraian.

Beliau yang bertanggungjawab menguruskan daftar perkahwinan dan perceraian anak kariah menjelaskan, terdapat beberapa punca yang menjadikan pasangan yang masih berada di peringkat permulaan perkahwinan menuntut perpisahan.

“Antaranya pengaruh media sosial yang semakin menjadi ‘kegilaan’ masa kini terutama pasangan muda yang banyak menghabiskan masa dengan melayari laman sosial sekaligus terjebak dengan kenalan berlainan jantina.

“Pernah suatu ketika ada pasangan datang kepada saya mengakui WhatsApp menjadi punca mereka berpisah. Situasi ini melibatkan isteri yang menyedari suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita lain menerusi kiriman WhatsApp yang turut disulam dengan ayat-ayat cinta dan kemesraan.

“Selain itu, saya pernah mengendalikan perceraian antara pasangan suami isteri yang bercinta 10 tahun tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan dalam tempoh lapan hari sahaja apabila dikatakan melibatkan campur tangan ibu mertua yang tidak menggemari masakan isteri,” katanya.

Menurut Abidin, banyak lagi perkongsian kes perceraian yang dikendalikan termasuk menguruskan perceraian tiga pasangan sekaligus dalam tempoh 24 jam.

“Berdasarkan jumlah itu, ia menunjukkan kes keruntuhan rumah tangga semakin menjadi-jadi. Seboleh-bolehnya, kita sedaya upaya menasihati pasangan agar berbaik semula atau rujuk kembali sekiranya merasakan masih ada perasaan kasih dan sayang antara keduanya,” katanya.
from Kaki Share http://ift.tt/2eoxbbB via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...