Kisah Sebenar Kejadian Pengawal Peribadi Tembak Datuk Di Pulau Pinang

loading...

Kisah Sebenar Kejadian Pengawal Peribadi Tembak Datuk Di Pulau Pinang

tembakk

Pengawal peribadi berusia 37 tahun  telah menembak mati 3 orang termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.

Kejadian mengejutkan ini berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Kira-kira dua jam sebelum insiden berlaku, dia dikatakan berang dengan majikannya yang mempersoalkan dia mengeluarkan senjata api di sebuah restoran.

INSIDEN KELUAR PISTOL

Datuk Ong Teik Kwong dan rakan niaganya, Lim Boon Leng, sedang minum  di sebuah restoran pada Khamis lalu.

Pengawal peribadi yang memulakan tugas hari pertama untuk Teik Kwong ketika itu, telah mengeluarkan pistol dan meletakkannya di atas meja.

Teik Kwong dan Boon Leng terkejut dengan tindakan pengawal itu, dengan segera menyembunyikan senjata api berkenaan.

Sewaktu ketiga-tiga mereka sedang berjalan ke kereta pada kira-kira pukul 6.30 petang, Teik Kwong yang tidak fasih berbahasa Melayu meminta rakannya untuk menanyakan pengawalnya kenapa pistol tersebut dibawa keluar.

Sumber menambah, pengawal peribadinya menjawab: “Ia adalah tugas saya.”

KEJADIAN TEMBAKAN

“Ong kemudiannya memandu bersama Lim yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, manakala pengawal peribadinya duduk di belakang.

“Sebaik sahaja melalui lebuh raya, pengawal peribadi kedengaran membisikkan sesuatu seperti berdoa, sebelum melepaskan beberapa tembakan ke arah Ong,” tambah sumber.

Menurut sumber, pengawal peribadi itu kemudiannya menghentakkan kepala Boon Leng menggunakan pistol beberapa kali selepas kereta BMW hitam yang dinaiki mereka melanggar beberapa kenderaan lain.

“Lim berjaya keluar dari keretanya dan melarikan diri tetapi dikejar dan ditembak pengawal peribadinya,” katanya.

Beberapa tembakan yang dilepaskan mengenai pengguna lebuh raya, mengakibatkan dua lagi maut dan empat cedera.

LIM TERSELAMAT

Sumber memberitahu Boon Leng mendapat bantuan daripada seorang pemandu wanita yang kemudian menurunkannya di stesen minyak sebelum menghubungi rakan untuk dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Boon Leng menerima dua jahitan akibat kecederaan di bahagian kepala.

Dia kemudiannya ditahan polis bagi membantu siasatan.

Boon Leng dan pengawal peribadi direman sehingga 8 Disember.

Pemandu wanita, 42, turut membuat laporan polis selepas mendengar Boon Leng yang meminjam telefonnya bagi menghubungi dua rakannya dan memberitahu mengenai apa yang berlaku.

Wanita itu pada awalnya mengingatkan Boon Leng merupakan mangsa kemalangan.

Polis mengenal pasti Teik Kwong yang juga dikenali sebagai “Datuk M” atau Datuk Muda.

Dia dikatakan merupakan ketua Geng 24, yang dikatakan terlibat dengan aktiviti kongsi gelap.

The post Kisah Sebenar Kejadian Pengawal Peribadi Tembak Datuk Di Pulau Pinang appeared first on PenMerah.com.

from PenMerah.com http://ift.tt/2gERo1Y via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...