loading...
Jumpa je kawan-kawan lama mesti dia orang tanya aku “Eh. Kau dah tak drive Uber ke? Lama senyap.” Aku pun tak nak ulang cerita ni banyak kali. Dok ulang benda yang sama je.
Dah tak larat nak jawab. Last-last aku fikir baik aku tulis je dan kongsikan, senang. Sekurang-kurangnya aku kongsi sikit pengalaman aku kat korang. Cerita ni pun aku selalu kongsikan dalam kelas training aku.
Allright! Kisah ni betul-betul terjadi pada diri aku di hujung tahun 2015. Masa tu aku memang teruja bawa Uber ni. Untuk pengetahuan korang aku adalah antara orang yang terawal bawa Uber di KL ni.
Aku bawa kategori Black. Bermakna bawa executive car. Aku bawa Uber ni pun secara sambilan. Habis kerja aku balik mandi jap lepas tu terus UBER ON. Insentif memang kencang masa di awal kemunculan Uber ni di KL. Memamg rancak la aku mengUBERkan diri aku masa tu. Okay. Cerita nak start dah.
Aku online apps Uber aku, masa tu pukul 6.30 petang, hari sabtu. Maknanya malam tu adalah malam minggu. Seperti hari-hari yang lain, aku akan drive Uber ni maksimum 8 jam ikut kadar keletihan dan ragam penumpang. Selalunye 8 jam lah.
Ke sana ke mari aku menghantar penumpang pada hari tu. Ada la dalam 15 trip malam tu. Nak dijadikan cerita, jam kat tangan dah pukul 2.30 pagi, dah cukup 8 jam aku memandu untuk hari tu. Mata pun dah stim, pinggang pun dah sakit.
Memang aku dah lembik sangat masa tu. Jadi aku pun ambil keputusan untuk offline Uber. Masa tu aku di sekitar kawasan Ampang. Rumah aku di Shah Alam. Risau pula bini aku bising kalau balik lewat pagi sangat.
Belum sempat jari aku tekan butang Offline, tiba-tiba ada request masuk. Shit! Huargh. Aku nak balik la. Adui. Nak tak nak aku kena terima request tu. Takut rating aku drop. Sebelum aku terima request tu aku nampak satu tulisan cina tapi dalam kurungan ada tulis (SKY).
Mungkin sky namanya. Aku pun terima lah dengan hati yang tak berapa nak ikhlas. Pin alamat pelanggan ni di Hotel Flamingo Ampang. Lagi 1km dari lokasi aku. Sebelum aku pergi ke pin pelanggan tu aku kena buat panggilan pengesahan dulu.
Aku pun telefon si Sky ni dengan harapan mungkin Amoi kot. Hehehehe. Sekali Cina lelaki angkat call aku.”Aaaa, abang. Ini Sky eh. I tunggu you kat lobby entrance Flamingo Hotel tau. You datang cepat!” Aku pun cakap. “Haa okay-okay. Lagi 5 minit I sampai.”
Setibanya aku di perkarangan hotel tersebut aku perasan seorang lelaki berbangsa Cina badan agak sasa berseluar pendek, tatoo di leher dan kaki sambi membawa slingbag. Sebiji macam gangster Hong Kong. Kalau di Malaysia ni macam Cina jual CD.
Aku betul-betul berharap itu bukanlah Sky. Sangkaan aku meleset. Sebenarnya itu adalah Sky. Dia pun perasan kereta aku masuk di lobby hotel tu. Dia senyum saja dari luar. Aku yang dalam kereta ni dah cuak sikit. Tiba-tiba aku terpikir – alamak! apa punya musibat pula ni.
Sky masuk ke kereta aku dan duduk di depan, di sebelah aku. Sempat lagi dia cakap “Hi abang. Kita pergi Jalan Klang Lama ye. Nanti I tunjuk jalan.” Aku pun mengangguk setuju. Jam masa tu pukul 3:00 pagi. Dup dap dup dap jantung aku masa tu. Gila! Macam-macam aku fikir. Aku buat muka rilek-rilek saja.
Sky memulakan perbualan dengan satu permintaan pada aku. “Abang. Boleh hisap rokok dalam kereta ka? Dia tanya aku dengan nada bersahaja tapi straigh to the point. Tak pernah lagi aku hisap rokok dalam kereta. Pasal Sky yang minta aku pun setuju.
Takut aku masa tu. Lahanat. Pecah tradisi kereta aku ni. Tak penah langsung customer yang hisap rokok dalam kereta termasuk aku. Sky menyambung perbualan dengan bercerita tentang diri beliau.
Dia beritahu yang dia ada 40 buah kedai handphone di sekitar KL. Tonasi suara Sky masa bercerita ni memang garang. Sembang nak kemas saja. Aku pun mengiyakan sahaja apa yang Sky sembang.
Salah satu kedai dia adalah di Jalan Klang Lama. Sembang punya sembang kami pun dah nak sampai di lokasi yang Sky nak pergi tadi. Kawasan yang aku nak pergi ni memang boleh dikategorikan sebagai kawasan jenayah.
Lalu di kawasan perumahan lepas tu jalan yang banyak simpang. Tiba di satu kawasan shoplot Sky terus tunjuk ada satu kedai di bahagian atas dan itu lah kedai beliau. Di bawah kedai tersebut ada satu kedai yang masih beroperasi di waktu pagi. Kedai kopi Cina. Banyak meja bulat dalam kedai tu. Aku nampak ada sekumpulan Cina dan Nigger tengah mabuk beer kat situ.
Aku pun berhenti di depan kedai tersebut. Sky suruh aku jalan depan sikit dan masuk parking dulu. Aku pun cakap kat dia “kenapa nak masuk parking dulu?”
“You ikut sajalah!”Dia balas dengan nada yang membuatkan aku takut. Aku pun masuk parking. Sky suruh aku update ‘complete trip’ di Uber apps dan off handphone aku.
“Sekarang you matikan enjin kereta pula.” Aku pun buat apa yang Sky suruh dalam keadaan yang terpinga-pinga. Tiba-tiba Sky suruh aku turun pegi ke kedai dia kat tingkat atas tu.
“Abang! You boleh tolong sama Sky ka? You pergi naik kedai saya lepas tu you jumpa satu Indo lelaki. Dia punya nama Amat. Nanti dia tau la apa mau buat. You pergi sekarang boleh? I tunggu dalam kereta. Boleh ka abang?
Aku pun cakap kat dia, “sorry Sky. I kena balik. Anak saya meragam. Kalau you tak nak bayar pun tak apa. Saya hantar free saja.” Aku mula takut dan tak banyak yang aku boleh cakap.
Sekali lagi Sky tanya, “you boleh tolong ke tak?” Aku pun tak tau nak jawap apa masa tu. Sky tanya lagi. Kali ini dengan nada yang agak kasar. “You boleh tolong ke tak?” Sambil membuka sebelah kiri jaket yang dipakai.
Masa dia buka jaket tu la yang aku nampak sepucuk pistol elok je parking kat dalam poket jaket Sky. Allahuakbar. Naik bulu roma aku ketakutan sambil tunduk. Aku pun sempat bagitau kat dia yang aku akan turun tapi segala barang-barang macam dompet, handphone semua aku bawa, termasuk kunci kereta aku.
Sky pun bersetuju dan cakap kat aku “kalau you lari I tembak terus.” Memang tuhan sahaja yang tau keadaan aku masa tu. Dah tak tau nak buat apa. Dalam ketakutan aku pun turun untuk pergi ke kedai Sky.
Masa tu jarak antara kereta aku dengan kedai tersebut adalah lebih kurang 200 meter. Jauh juga nak menapak. Aku gagahkan juga diri aku ke kedai tersebut. Sebelum naik tangga untuk ke atas aku diperhatikan oleh Cina-Cina dan Nigga yang ada di kedai kopi di bawah.
Menggeletar terus kaki aku. Aku sampai terus di depan pintu tingkat atas. Aku ketuk pintu tu berkali-kali. Tiba-tiba seorang Amoi membuka pintu tersebut dan bertanya pada aku, “Apa you mau? You cari siapa?”
Aku perkenalkan diri aku dan beritahu yang Sky suruh aku berjumpa dengan Amat. Terus Amoi tu cakap, “you tunggu sini.”10 minit juga aku menunggu si Amat ni keluar. Dalam masa 10 minit ni juga aku memberanikan diri aku untuk telefon kawan-kawan aku.
Memang tak berjawap lah. WhatsApps pun tak baca. Aku dah buntu. Tiba-tiba si Amat yang ditunggu-tunggu keluar. Dia terus bagi kepada aku satu sampul surat beserta plastik hitam.
“Ini untuk Sky.” Si Amat beritahu aku. Dalam keadaan yang bingung aku pun ambil sampul surat tersebut. Berat sampul surat lebih kurang 2kg. Aku pasti kandungan di dalam sampul surat adalah syabu ataupun ‘ice’.
Perghhhhh. Tak pasal-pasal aku kena jadi runner pula. Lahanat punya Sky! Memang aku dalam keadaan yang sangat-sangat cuak dan seluruh badan aku masa tu menggigil. Takut woih.
Aku selit sampul surat tu di pinggang belakang sambil beristighfar panjang. Terus aku turun menuju ke kereta aku. Masa tu juga Cina dan Nigga yang berada di kedai bawah tu perhatikan aku. Bertambah lagi cuak aku.
Akhirnya sampai juga di kereta aku. Aku terus meluru masuk dan aku perasan Sky tengah tidur sambil berdengkur. Memang cilaka lah. Dah lah aku cuak masa tu dia boleh tidur sedap-sedap pula.
Sky pun bangun dari tidur. Aku hulurkan ampul surat yang Amat bagi tadi kat dia. “Wah. cantik, cantik. Thank you bang.” Sky terus membuka zip slingbag dia dan mengira duit.
Memang tebal-tebal duit tunai yang ada dalam sling beg dia. “Ambil duit ni bang.” Dia selit RM500 kat aku. Sekarang kita pergi Jalan Pudu pula. Aku terkejut dan merayu kepada Sky. “Tolonglah Sky. Saya ada anak bini. Saya mau balik.”
Berkali-kali aku merayu kepada Sky. Sky jeling terus pada aku dan dia beritahu, “abang, jangan sampai saya jerit sama abang. Sekarang kita pergi Jalan Pudu!” Aku pun ikut sahaja arahan Sky dalam ketakutan.
Dah lah malam minggu. Jam masa tu dah dekat pukul 6 pagi. Yang paling aku takut adalah ‘roadblock polis’. Mati aku woih. Sky pun tunjuk jalan short cut dari Jalan Klang lama nak ke Jalan Pudu.
Sepanjang perjalanan tersebut aku diam saja sambil ikut arahan Sky. Setibanya aku di Jalan Pudu, Sky suruh aku berhenti di tempat yang agak sunyi. Aku pun berhenti betul-betul di tempat pelacuran Jalan Pudu.
Sky suruh aku buka tingkap di sebelah kiri. Aku pun buka lah. Tak sampai 3 minit ada kelibat 3 orang Nigga datang menghampiri kereta aku. Seorang daripada Nigga tu bawa clutchbag. Di situ aku nampak transaksii barang yang aku ambil tadi. Nigga tu campak terus clutchbag ke dalam kereta aku.
Sky bagi sampul surat yang aku ambil tadi. Terus dia cakap, “okay. Sekarang Jalan Imbi pula abang.” Allahuakbar. Lagi lah aku cuak. Dalam ketakutan tu aku gagahkan juga diri aku. Dah tak pikir apa dah. Sky terus mengira duit dalam clutchbag yang Nigga tadi tu bagi.
Sampai je di flat Jalan Imbi di belakang Times Square tu Sky suruh aku berhenti. Berhenti betul-betul di kawasan lapang. Mintak-mintak lah dia turun. Aku dah tak sanggup dah ni.
Masa tu pukul 7 pagi. Orang memang tak ada di kawasan ni. Sky terus cakap dengan aku.”Okay bang. Thank you so much. Love you brother! Ambil ini upah RM1000 lagi. Kalau you mau job lagi telefon sama Sky okay! Hehehehe”
Perghhhh. Aku pun cakap, “okay okay.” Dalam keadaan nak cepat sambil kaki tekan pedal minyak. Sky pun turun daripada kereta aku dengan selamba. Fuh! Aku terus pecut kereta aku dan tak pandang belakang langsung.
Line dah clear sikit aku berhenti di tepi jalan dekat dengan rumah aku. Aku kira-kira ada RM1500 Sky bagi aku untuk job tadi. Aku sampai rumah lebih kurang pukul 8 pagi dan agak keletihan. Tak sempat nak cerita kat bini aku. Aku tidur terus.
Sekian sahaja cerita aku di kambing hitamkan oleh Sky. Lepas daripada kejadian tu aku takut nak online Uber lagi. Nanti aku ceritakan pengalaman manis pula. Hihihi.
Credit : thevocket.com
0 comments:
Post a Comment