CuepacsPA Tawar Insuran Perlindungan Maksimum RM440,000 Serendah RM6 Sebulan Untuk Penjawat Awam

loading...
MyCuepacsCare dengan kerjasama Zurich General Takaful Malaysia Bhd. (Zurich) menawarkan perlindungan takaful CuepacsPA-Raya secara percuma kepada semua penjawat awam di Malaysia sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Jun 2019 hadapan.

CuepacsPA insuran nyawa penjawat awam

Pengarah Urusan MyCuepacsCare, K. Palanisamy berkata, penjawat awam yang menyertai program takaful CuepacsPA sebelum 19 Mei depan akan menikmati perlindungan percuma CuepacsPA-Raya walaupun sijil takaful mereka masih lagi tidak berkuat kuasa.

CuepacsPA-Raya menawarkan perlindungan sehingga RM220,000 kepada penjawat awam sekiranya mereka terlibat dengan kemalangan tidak dijangka sepanjang musim perayaan iaitu bermula pada 20 Mei hingga 19 Jun 2019 hadapan.

Pemberian CuepacsPA-Raya percuma adalah selaras dengan hasrat CUEPACS untuk memastikan setiap penjawat awam memiliki sekurang-kurangnya satu perlindungan takaful melalui pelancaran Program Mentakafulkan Penjawat Awam Melalui MyCuepacsCare oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Risiko berlakunya kemalangan ketika musim perayaan adalah tinggi berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

Jadi, diharap penjawat awam tidak membiarkan diri mereka 'kosong' tanpa sebarang perlindungan takaful semasa musim perayaan.

Antara manfaat yang ditawarkan melalui CuepacsPA-Raya adalah perlindungan untuk kemalangan sebagai penumpang pengangkutan awam atau kenderaan persendirian, pembunuhan, serangan, mogok, rusuhan dan kekacauan awam.

Penjawat awam yang mahu menyertai CuepacsPA-Raya boleh mendaftar secara online melalui laman web www.cuepacspa.my atau menerusi lebih 500 wakil pemasaran MyCuepacsCare di seluruh negara.

CuepacsPA menawarkan perlindungan maksimum sehingga RM440,000 dengan kadar sumbangan serendah RM6 & RM12 sebulan.

Jika penjawat awam menyertai salah satu pelan CuepacsPA sebelum 19 Mei 2919 ini, mereka secara automatik menikmati perlindungan CuepacsPA-Raya.

Kemalangan tidak boleh dijangka, tetapi sebagai penjawat awam mereka boleh merancang bagaimana untuk menghadapi kemalangan itu dengan perlindungan sewajarnya, demi meningkatkan kesejahteraan warga penjawat awam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

from SentiasaPanas http://bit.ly/2ZEjb6A via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...