loading...
Kuman di sini merujuk kepada mikroorganisma iaitu makhluk tersangat kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti bakteria, virus, fungi dan protozoa (biasa yang jahat iaitu boleh menyebabkan penyakit).
Mari kita cuba ketahui, apa sebenarnya hand sanitiser ini dan apa fungsi serta bagaimana ia bertindak dalam membunuh kuman berbahaya yang terdapat disekeliling kita.
Apa itu 'hand sanitiser'?
Hand sanitiser adalah sejenis cecair, gel, buih yang secara amnya digunakan untuk mengurangkan kuman pada tangan. Pengunaannya menjadi popular sekitar tahun 1990an.
Terdapat dua jenis hand sanitizer iaitu yang berasaskan alkohol (alcohol-based) dan yang bukan berasaskan alkohol (non alcohol-based).
Apa bahan kimia aktif dalam 'hand sanitiser'?
1. Berasaskan Alkohol
Bahan kimia aktif dalam hand sanitiser berasaskan alkohol ialah campuran bahan-bahan kimia isopropanol (isopropyl alcohol), ethanol (ethyl alcohol), atau n-propanol.
Kandungan alkohol yang paling berkesan dalam membunuh kuman ialah 60-95%, seperti yang disarankan oleh Food and Drug Administration (FDA).
2. Bukan Berasaskan Alkohol
Untuk hand sanitiser yang bukan berasaskan alkohol pula mengandungi bahan kimia aktif seperti benzalkonium chloride atau triclosan.
Kandungan bahan kimia benzalkonium chloride yang dibenarkan ialah 0.1% sahaja, kerana pada dos yang tinggi, ianya boleh merengsa kulit dan menyebabkan iritasi kepada mata. Ianya juga berpotensi menggangu sistem pernafasan, pertahanan semulajadi badan dan saraf.
Bahan kimia aktif triclosan pula disarankan 2% dalam formulasi hand sanitizer namun, masih lagi kontroversi sehingga FDA telah menarik penggunaannya, kerana keupayaannya yang boleh mengganggu sistem endokrin (hormon) badan.
Pun begitu, ianya (dalam dos yang lebih rendah 0.10–1.00%) banyak digunakan dalam lebih daripada 2,000 produk seharian kita termasuklah sabun mandi, shampo, deodorant, ubat gigi, cecair pencuci mulut dan sebagainya.
Ianya dikatakan boleh menyumbang kepada masalah alam sekitar di mana dikuatiri berkumpul dalam air buangan seterusnya kembali dalam air minum kita.
Di sini saya senaraikan kebaikkan dan apa yang kita perlu tahu pasal hand sanitiser ini sebagai rujukan dalam membuat pertimbangan.
Apa yang baik tentang 'hand sanitiser':
Apa yang kita perlu ambil tahu tentang 'hand sanitiser':
Benarkah hand sanitizer membunuh bakteria baik di kulit?
Benar. Selain daripada kuman (aka bakteria,virus yang jahat), hand sanitizer juga akan membunuh bersama populasi bakteria baik yang terdapat secara semulajadi pada lapisan kulit kita.
Bakteria-bakteria baik ini hidup secara simbiotik dengan membantu dalam menjaga kesihatan kulit kita, yang menghasilkan enzim untuk menguraikan sel kulit mati pada kulit dan aktiviti ini menghasilkan minyak yang membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit.
Selain itu, bakteria-bakteria ini juga berfungsi sebagai benteng pertahanan terhadap serangan kuman jahat tadi.
Pun begitu, kajian juga membuktikan kesan ini hanya seketika, memandangkan bakteria-bakteria ini berada pada semua bahagian kulit kita, maka mereka mudah kembali berpopulasi setelah dibasuh dengan air.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: majalahsains
from SentiasaPanas https://ift.tt/2TVi6GO via IFTTT

- Membunuh kuman dengan berkesan. Pun begitu pengguna harus memastikan kandungan alkohol adalah dalam julat 60-95% untuk memastikan keberkesanannya. Jika tidak, usaha hanya sia-sia.
- Mudah diakses tanpa mengira tempat terutamanya semasa ketiadaan air.
- Mudah diperolehi, murah, jangka hayat yang lama dan tahan lama.
- Dengan harga mampu milik dan mudah diperolehi, sesiapa pun boleh menggunakannya.
- Dengan pengunaan yang hanya sedikit dan jangka hayat yang lama (2-3 tahun) juga membuatkannya tahan lebih lama, tidak perlu dibeli berulangkali.
Apa yang kita perlu ambil tahu tentang 'hand sanitiser':
- Sesetengah jenama tidak menepati kandungan minima (60%) yang disarankan oleh FDA. Maka ianya kurang berkesan.
- Hanya berkesan membunuh kuman. Ianya tidak mampu menanggalkan racun perosak (pesticides), kotoran, gris, minyak, warna, habuk yang melekat pada tangan. Jelas, kegunaannya tidak mampu menggantikan fungsi sabun dan air sepenuhnya
- Penggunaan yang terlalu KERAP akan membunuh semua jenis kuman yang penting untuk sistem pertahanan semulajadi badan.
- Mudah meruap dan mudah terbakar, terutamanya yang mengandungi alkohol yang tinggi (lebih daripada 90%). Maka elakkan berdekatan dengan api, dan pastikan semasa pengunaan, ianya betul-betul telah kering pada tangan.
- Mengeringkan kulit. Namun jenis gel kurang mengeringkan kulit jika dibandingkan dengan sabun yang bersifat antimicrobial. Sesetengah produk ditambah dengan bahan kimia glycerol untuk mengurangkan kulit kering.
- Hand sanitiser hanya digalakkan sekiranya ketiadaan sabun dan air. Ini kerana hanya sabun dan air boleh membuang spora bakteria (seperti Clostridioides difficile), parasit (seperti Cryptosporidium) dan sesetengah virus (seperti norovirus).
- 60-80% alkohol mampu membunuh hampir semua jenis bakteria termasuklah TB dan yang telah mempunyai kerintangan.
- 90% alkohol pula boleh membunuh pelbagai jenis virus termasuk jenis enveloped (seperti virus influenza) . Namun tidak berkesan pada virus rabies.
Benarkah hand sanitizer membunuh bakteria baik di kulit?
Benar. Selain daripada kuman (aka bakteria,virus yang jahat), hand sanitizer juga akan membunuh bersama populasi bakteria baik yang terdapat secara semulajadi pada lapisan kulit kita.
Bakteria-bakteria baik ini hidup secara simbiotik dengan membantu dalam menjaga kesihatan kulit kita, yang menghasilkan enzim untuk menguraikan sel kulit mati pada kulit dan aktiviti ini menghasilkan minyak yang membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit.
Selain itu, bakteria-bakteria ini juga berfungsi sebagai benteng pertahanan terhadap serangan kuman jahat tadi.
Pun begitu, kajian juga membuktikan kesan ini hanya seketika, memandangkan bakteria-bakteria ini berada pada semua bahagian kulit kita, maka mereka mudah kembali berpopulasi setelah dibasuh dengan air.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
- Apa Sebenarnya Perbezaan Bakteria Dan Virus?
- Virus Bacteriofaj Pembunuh Bakteria Jahat Yang Mampu Menggantikan Antibiotik Moden
sumber: majalahsains
0 comments:
Post a Comment