Adakah Benar Minum Air Suam Boleh Membunuh Virus Covid-19?

loading...
Selepas wabak Covid-19 mula merebak, telah timbul banyak cakap-cakap mengenai pengambilan air suam dikatakan sangat penting untuk membunuh virus korona baharu, Covid-19, ini di dalam tubuh badan kita.

Air Suam bunuh Covid-19
Minum Air Suam Untuk Bunuh COVID-19 Adalah Mitos Semata - Dr Amalina.

Kepercayaan ini mungkin timbul daripada satu pesanan bergambar yang tular di Twitter, yang dikatakan bahawa kita boleh melakukan diagnosis sendiri di rumah dengan cara menahan nafas selama 10 saat.

Jika berjaya melakukannya tanpa kesukaran, anda mungkin tidak dijangkiti wabak ini. Selain itu, pesanan tersebut juga mengatakan kita perlu memastikan mulut dan tekak kita sentiasa berada dalam keadaan basah. Oleh itu, disarankan untuk kita minum air suam sekali setiap 15 minit.

Alasannya, dikatakan virus ini dapat 'dicuci' dan akan jatuh ke dalam perut. Seterusnya, virus ini dipercayai boleh 'dibunuh' dengan kehadiran asid hiklorik yang terhasil secara semula jadi di dalam perut.

Malangnya, ini adalah salah satu mitos yang sangat mengarut!

Mitos ini telah mendapat perhatian dari pakar perubatan tanah air kita iaitu Dr Amalina Bakri kerana keprihatinannya dalam merungkai setiap mitos perubatan yang timbul.

Menurut beliau, ia bukanlah satu rekomendasi pakar perubatan dan tidak ada bukti di sebalik kenyataan ini.

Selain itu, beliau turut berpesan agar kita semua hanya mengikuti pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sahaja.

"Tidak kiralah di mana anda dengar tips ini walaupun di kaca televisyen nasional, tips ini adalah mitos semata-mata. Tips yang betul adalah jaga kebersihan, basuh tangan, jangan sentuh muka, amalkan etika batuk dan bersin, duduk rumah serta amalkan jarak sosial 1 meter," jelas beliau lagi.

Selepas Dr Amalina, Dr Imelda Balchin yang merupakan seorang pakar sakit puan turut menafikan dengan sekeras-kerasnya akan keberkesanan mitos minum air suam untuk membunuh virus COVID-19.

Menurut beliau, tiada bukti yang mengatakan jika menelan virus ini dari kerongkong ke dalam perut boleh membunuhnya.

Ini kerana ia berada di dalam sel kerongkong dan hidup di dalam sel. Jadi, bagaimana pula ia boleh bergerak ke tempat lain melalui air suam?

Sebaliknya, beliau menyarankan agar mereka yang mengesyaki diri telah terjangkiti virus COVID-19 agar mendapatkan rawatan doktor serta mengamalkan langkah pencegahan untuk mengelak daripada menjangkiti individu lain pula!

Jangan terus percaya dengan setiap mitos mengenai COVID-19

Selain minum air suam, kita juga telah dihebahkan dengan mitos lain berkenaan air iaitu alkohol yang dikhabarkan juga boleh membunuh virus korona baharu ini seperti dilaporkan di Iran.

Menurut pakar perubatan tempatan, Dr Lee Boon Chye, tiada pengambilan cecair sama ada air suam, alkohol atau lain-lain yang boleh dijadikan cara berkesan untuk merawat atau mencegah virus COVID-19.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya basuh tangan, elakkan daripada menyentuh muka, duduk di rumah dan guna topeng muka jika berada di tempat awam selain mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan berada di rumah sepanjang tempoh ini.

Dalam erti kata yang lebih mudah, orang awam diminta untuk jangan terus percaya dengan setiap mitos mengenai COVID-19 dan membuat usul periksa dengan pakar terlebih dahulu.

Apa yang lebih penting adalah, kita perlu sama-sama melawan pandemik yang melanda dunia ketika ini dengan kekal berada di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19.

Akhir kata, bersamalah kita menjayakan aspirasi kerajaan untuk membendung penularan virus korona baharu ini dengan #stayathome.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hellodoktor

from SentiasaPanas https://ift.tt/3aToJ2t via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...