loading...
Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.
Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat, manakala insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan.
Jenis-jenis buli siber:
Perbandingan antara buli siber dengan buli yang lain
Perbuatan buli siber lebih dahsyat daripada perbuatan membuli yang lain:
Apakah kesan buli siber?
Buli siber yang teruk atau kronik boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Dalam kes tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa membunuh diri. Buli siber adalah salah di sisi undang-undang.
Bagaimana mencegah buli siber?
Apakah tanda-tanda buli siber?
Tanda-tanda buli siber termasuklah:
Sekiranya anda adalah mangsa buli siber:
Apa langkah-langkah yang boleh diambil oleh kita sebagai mangsa buli atau fitnah di media sosial/internet?
1. Bertindak segera
Simpan segala bukti yang ada sebelum dipadamkan. Kadangkala ada status dipadamkan dalam beberapa hari mungkin kerana pelaku dinasihatkan oleh pihak lain untuk memadamkan.
Sebab, kalau dipadamkan, anda sudah tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan anda dan berkemungkinan melemahkan kes.
2. Screenshot bukti-bukti penting
Screenshot penyataan fitnah sebagai bukti bahawa terdapat kenyataan yang memburukkan anda.
Screenshot senarai jumlah 'like', jumlah 'share' dan segala komen-komen pembaca yang berbentuk marah, kebencian, perli atau apa sahaja yang berbaur negatif.
Screenshot profil pelaku yang menunjukkan senarai rakan, senarai follower.
Sebab, berapa jumlah like atau share bagi status yang muat naik adalah bukti berapa banyak orang telah membaca dan kongsi status itu. Sekali gus menunjukkan setakat mana cerita buruk tentang anda telah disebarkan.
Profil pelaku menunjukkan siapa identiti pelaku untuk kita ambil tindakan. Berapa jumlah kawannya dalam sosial media menunjukkan berkemungkinan berapa jumlah pembaca.
Status kebencian menunjukkan bahawa tulisan si pelaku telah berjaya menimbulkan kebencian serta rasa marah oleh orang awam.
Ini semua boleh menjadi pemfaktoran untuk menaikkan jumlan tuntutan ganti rugi saman malu.
3. Buat laporan polis
Selepas lengkap simpan bukti-bukti ini, lebih elok jika dapat 'save' dalam komputer kerana sekiranya telefon anda hilang, sekurang-kurangnya anda ada 'back up'. Buat laporan polis sebagai cover report.
4. Jumpa peguam untuk konsultansi guaman
Dapatkan pendapat peguam sama ada, bukti-bukti anda itu cukup untuk memulakan tindakan di mahkamah.
5. Tindakan Peguam
Peguam akan memulakan tindakan kebiasaannya melalui surat tuntutan bagi permohonan maaf, memadamkan status, akujanji tidak mengulangi dan ganti rugi.
Sekiranya si penulis enggan berbuat demikian di peringkat ini, anda boleh meneruskan saman sehingga ke mahkamah bagi satu tuntutan ganti rugi dan membersihkan semula nama anda.
Sekiranya atas faktor kos, anda tidak dapat meneruskan langkah 4 dan 5 di atas, apa yang anda boleh lakukan adalah simpan semua bukti dan hubungi pelaku.
Minta dia padamkan status tersebut jika gagal anda teruskan dengan tindakan undang-undang. Jika dia enggan, simpan bukti-bukti tersebut kerana anda mempunyai masa 6 tahun untuk memulakan tindakan saman berdasarkan Akta Had Masa 1953.
Sebaiknya status fitnah itu dipadam segera supaya reputasi dan nama baik anda tidak terus tercemar sepanjang status itu berada di media sosial. Berhati-hati sewaktu menulis, jangan kerana tulisan badan binasa.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: 1 | 2
from SentiasaPanas https://ift.tt/3cyKW60 via IFTTT
Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat, manakala insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan.
Jenis-jenis buli siber:
- Mesej yang mengganggu dan mengancam.
- Menyalahgunakan kata laluan atau nama skrin orang lain atau menyamar sebagai orang lain.
- Memanjangkan e-mel, foto atau video kepada orang lain.
- Memuat naik komen atau gambar yang tidak senonoh.
- Sexting(tindakan menghantar gambar, mesej atau video berunsurkan seksual menggunakan telefon bimbit).
- Memulaukan individu tertentu daripada sesuatu kumpulan internet dengan sengaja.
Perbandingan antara buli siber dengan buli yang lain
Perbuatan buli siber lebih dahsyat daripada perbuatan membuli yang lain:
- Pembuli siber sukar untuk dikenalpasti kerana mereka boleh merahsiakan identiti sebenar.
- Pembuli siber tidak seperti pembuli yang lain kerana ia berlaku dalam dunia siber yang tidak bersempadan. Ini menyukarkan mangsa untuk melindungi diri mereka.
- Pembuli siber lebih mudah bersekongkol berbanding pembuli jenis lain kerana bilangan individu yang boleh turut serta tidak dihadkan dalam dunia siber.
- Buli siber boleh berlaku selama-lamanya, iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.
Apakah kesan buli siber?
Buli siber yang teruk atau kronik boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Dalam kes tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa membunuh diri. Buli siber adalah salah di sisi undang-undang.
Bagaimana mencegah buli siber?
- Amalkan keselamatan internet.
- Didik anak anda atau pelajar tentang keselamatan internet dan etika melayari internet atau menggunakan telefon yang betul.
- Jangan kongsi butiran peribadi anda di internet.
- Awas! Nada dan makna mesej yang ditulis boleh disalah tafsir.
- Menghantar atau memanjangkan mesej yang kesat atau berunsurkan ancaman adalah tidak wajar dan boleh menyalahi undang-undang.
Apakah tanda-tanda buli siber?
Tanda-tanda buli siber termasuklah:
- Mengalami tekanan emosi semasa atau selepas menggunakan internet.
- Mengasingkan diri dari rakan-rakan dan ahli keluarga.
- Menjauhkan diri dari perhimpunan sekolah atau kumpulan.
- Keciciran gred dan mudah marah apabila berada di rumah.
- Mengalami perubahan emosi, tingkah laku, tidur, atau selera makan.
- Mahu berhenti menggunakan komputer atau telefon bimbit.
- Kelihatan gelisah apabila mendapat mesej teks atau e-mel.
- Mengelakkan perbincangan mengenai aktiviti komputer atau telefon bimbit.
Sekiranya anda adalah mangsa buli siber:
- Bincang dengan ibubapa anda, kaunselor sekolah atau guru.
- Simpan e-mel, mesej atau imej buli sebagai bahan bukti.
- Jangan balas mesej teks atau e-mel buli.
Apa langkah-langkah yang boleh diambil oleh kita sebagai mangsa buli atau fitnah di media sosial/internet?
1. Bertindak segera
Simpan segala bukti yang ada sebelum dipadamkan. Kadangkala ada status dipadamkan dalam beberapa hari mungkin kerana pelaku dinasihatkan oleh pihak lain untuk memadamkan.
Sebab, kalau dipadamkan, anda sudah tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan anda dan berkemungkinan melemahkan kes.
2. Screenshot bukti-bukti penting
Screenshot penyataan fitnah sebagai bukti bahawa terdapat kenyataan yang memburukkan anda.
Screenshot senarai jumlah 'like', jumlah 'share' dan segala komen-komen pembaca yang berbentuk marah, kebencian, perli atau apa sahaja yang berbaur negatif.
Screenshot profil pelaku yang menunjukkan senarai rakan, senarai follower.
Sebab, berapa jumlah like atau share bagi status yang muat naik adalah bukti berapa banyak orang telah membaca dan kongsi status itu. Sekali gus menunjukkan setakat mana cerita buruk tentang anda telah disebarkan.
Profil pelaku menunjukkan siapa identiti pelaku untuk kita ambil tindakan. Berapa jumlah kawannya dalam sosial media menunjukkan berkemungkinan berapa jumlah pembaca.
Status kebencian menunjukkan bahawa tulisan si pelaku telah berjaya menimbulkan kebencian serta rasa marah oleh orang awam.
Ini semua boleh menjadi pemfaktoran untuk menaikkan jumlan tuntutan ganti rugi saman malu.
3. Buat laporan polis
Selepas lengkap simpan bukti-bukti ini, lebih elok jika dapat 'save' dalam komputer kerana sekiranya telefon anda hilang, sekurang-kurangnya anda ada 'back up'. Buat laporan polis sebagai cover report.
4. Jumpa peguam untuk konsultansi guaman
Dapatkan pendapat peguam sama ada, bukti-bukti anda itu cukup untuk memulakan tindakan di mahkamah.
5. Tindakan Peguam
Peguam akan memulakan tindakan kebiasaannya melalui surat tuntutan bagi permohonan maaf, memadamkan status, akujanji tidak mengulangi dan ganti rugi.
Sekiranya si penulis enggan berbuat demikian di peringkat ini, anda boleh meneruskan saman sehingga ke mahkamah bagi satu tuntutan ganti rugi dan membersihkan semula nama anda.
Sekiranya atas faktor kos, anda tidak dapat meneruskan langkah 4 dan 5 di atas, apa yang anda boleh lakukan adalah simpan semua bukti dan hubungi pelaku.
Minta dia padamkan status tersebut jika gagal anda teruskan dengan tindakan undang-undang. Jika dia enggan, simpan bukti-bukti tersebut kerana anda mempunyai masa 6 tahun untuk memulakan tindakan saman berdasarkan Akta Had Masa 1953.
Sebaiknya status fitnah itu dipadam segera supaya reputasi dan nama baik anda tidak terus tercemar sepanjang status itu berada di media sosial. Berhati-hati sewaktu menulis, jangan kerana tulisan badan binasa.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: 1 | 2
0 comments:
Post a Comment