Wang Kertas Sumber Penting Penyebaran Covid-19!

loading...
Mungkin anda menggunakan topeng muka dan tidak bersalaman dengan orang lain untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 namun, terdapat satu benda yang biasanya disentuh sebelum ia beralih tangan tapi tidak disedari oleh individu yang menerimanya iaitu 'duit'!

Wang Penyebar Covid-19

Ramai yang tertanya-tanya, jika seseorang itu menggunakan duit kertas yang diberikan oleh individu yang mengalami jangkitan Covid-19, adakah mereka boleh dijangkiti dengan wabak tersebut?

Wang fizikal Sumber Penting Sebar Covid-19

Perkara yang semua orang tahu adalah wang sering bertukar tangan.

Virus Covid-19 bukan sahaja mudah merebak dari satu individu kepada individu yang lain, ia juga boleh bertenggek pada permukaan objek untuk satu jangka masa yang lama.

Bayangkan, seorang peniaga atau cashier menerima wang dari seseorang yang telah dijangkiti Covid-19 dan mereka menggunakan tangan yang sama untuk menyerahkan wang kepada pelanggan lain, bukankah itu merupakan satu model jangkitan yang kita sering terlepas pandang.

Jadi, bagaimana kuman pada duit tersebut boleh masuk ke dalam sistem pernafasan kita?

Sangat mudah. Kuman tersebut boleh beralih ke tangan kemudiannya muka, hidung dan mulut, setiap kali berlakunya sentuhan.

Menurut kajian yang diterbitkan di Jurnal Kebersihan Pekerjaan dan Persekitaran, secara puratanya, 10 subjek terlibat menyentuh muka sebanyak 16 kali dalam masa sejam.

Perkara ini turut disokong melalui kajian yang dibuat melibatkan 26 pelajar daripada Wales Selatan. Mereka menyentuh muka sebanyak 23 kali dalam masa sejam dan hampir separuh daripada sentuhan dibuat kepada hidung, mata dan mulut.

Melalui model sentuhan ini, kita boleh simpulkan, sentuhan dengan wang yang beralih tangan daripada individu berjangkit boleh menyebabkan penularan wabak.

Beberapa negara di seluruh dunia telah menggalakkan rakyat mereka untuk berhenti menggunakan wang kertas dan syiling untuk menghentikan wabak jangkitan Covid-19.

Muzium Louvre di Paris tidak lagi menerima wang tunai dan Iran telah menggalakkan rakyatnya untuk berhenti menggunakan transaksi tunai.

Berbanding guna duit kertas, adakah transaksi tanpa tunai boleh hindar virus Covid-19?

Pelbagai jenis aplikasi eDompet telah dicipta bagi memudahkan urusan tunai tanpa menggunakan wang fizikal, namun penggunaannya di Malaysia belum lagi meluas.

Sistem transaksi ini dianggap leceh dan tidak semudah urusan pertukaran wang fizikal semasa urusan jual beli.

Selain itu, kelajuan internet di Malaysia yang teruk seringkali menyebabkan transaksi dikatakan gagal, sedangkan wang telah dipindahkan ke akaun peniaga.

Persoalannya, adakah penggunaan eDompet boleh menghindarkan penularan wabak virus korona?

Jawapan ringkasnya? Tidak semestinya begitu. Penggunaan eDompet memerlukan telefon pintar.

Semua individu sudah sedia maklum telefon pintar merupakan peranti yang paling kotor jika dilihat pada sudut mikrobiologi.

Syarikat Proporta yang menjual bahan aksesori telefon pernah membuat kajian berkenaan dengan hal ini.

Menurutnya, secara purata, setiap telefon yang dibawa mempunyai 25,127 kuman per inci persegi.

Tangan yang menyentuh bahan yang tercemar dengan virus Covid-19 boleh menjadi medium pengantara yang menyebabkan telefon anda tercemar.

Adakah ini bermaksud penggunaan bayaran eTunai boleh menyebarkan jangkitan kuman? Tidak sama sekali. Namun, risiko penyebaran boleh dikurangkan. Jauh lebih selamat berbanding penggunaan wang tunai.

Individu yang mempunyai telefon pintar kurang berisiko untuk mendapat jangkitan wabak, kerana tiada peralihan virus secara fizikal semasa proses transaksi.

Berbeza dengan duit kertas, transaksi eDompet tidak memerlukan peralihan telefon ke tangan penjual.

Mereka hanya perlu mengimbas kod QR atau melakukan transaksi pemindahan wang menggunakan bank di atas talian.

Tiada proses peralihan wang yang berlaku di antara dua individu dan ini bermakna, risiko penularan jangkitan itu juga berada pada tahap yang rendah.

Penggunaan aplikasi eTunai di Malaysia

Meskipun penggunaan duit kertas boleh menggalakkan penyebaran virus korona, tapi majoriti rakyat di Malaysia masih selesa menggunakan wang fizikal dalam transaksi harian.

Pembayaran secara atas talian hanya dikhususkan untuk perkara tertentu sahaja namun, tidak dinafikan kebanyakan servis yang ada di Malaysia sudah menyediakan akses kepada sistem pembayaran menggunakan kad.

Penggunaan kad jika dilihat secara praktikalnya, ia tidak mampu membendung jangkitan virus Covid-19, memandangkan jurujual sering mengambil kad tersebut semasa proses pembayaran.

Jika sistem urus niaga menggunakan kad melibatkan proses swipe oleh pelanggan sendiri, ia mengurangkan risiko jangkitan dari sumber fomit (kad itu sendiri).

Oleh sebab itulah kebanyakan negara menggalakkan rakyatnya menggunakan peranti mereka sendiri untuk membayar transaksi yang dibuat.

'Cuci Duit Kertas'

Di China, wang fizikal yang telah digunakan akan melalui proses pembasmian virus menggunakan sinar ultra ungu dan disimpan selama 7 hingga 14 hari.

Jadi, ada baiknya kita menggunakan sistem pembayaran melalui aplikasi eDompet seperti Touch n Go ewallet, GrabPay dan Boost, namun ia masih lagi bergantung kepada lokasi urusan jual beli tersebut.

Jika anda sedang berada di pasar basah, sudah tentulah urus niaga hanya guna duit kertas.

Yang penting, selepas memberi atau menerima wang, pastikan anda membasuh tangan dengan bersih menggunakan air dan sabun.

Adakah ini bermakna penggunaan wang fizikal pasti menyebabkan anda berjangkit?

Tidak semestinya. Cuma risikonya lebih tinggi berbanding menggunakan eDompet.

Cucilah tangan anda menggunakan air dan sabun sebelum dan selepas melakukan urus niaga dengan jurujual.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fmt

from SentiasaPanas https://ift.tt/3dUf5hX via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...