Budak 2 Tahun Maut Dilanggar Selepas Terjatuh Keluar Ketika Kereta Buat U-Turn
Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun, maut dilanggar sebuah kereta selepas terjatuh terkeluar dari kereta ibu bapanya.
Ketika itu kereta ibu bapanya sedang membuat pusingan U di Jalan Lebuh Cemerlang, Johor.
Kejadian berlaku jam 8.20 malam semalam, mangsa, Goh Hao Zheng Jayden, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Ketua Polis Daerah Seri Alam mengatakan kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta yang dinaiki mangsa dari arah Desa Cemerlang ke Plentong membuat pusingan U.
Ini kenyataan polis:
“Ketika membuat pusingan U, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang terjatuh dari kenderaan selepas pintu kereta terbuka sebelum dilanggar oleh kereta lain dari arah yang sama,”
“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, dikejarkan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan maut ketika dalam perjalanan. -PENMERAHDOTCOM
The post Budak 2 Tahun Maut Dilanggar Selepas Terjatuh Keluar Ketika Kereta Buat U-Turn appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2eTi13p via IFTTT
0 comments:
Post a Comment