Isteri Luah Perasaan Suami Terlalu Kedekut, Sampai Pinjam Telefon Dan Kereta Pun Tak Bagi
Pasangan suami isteri sepatutnya berkongsi segala-galanya. Susah senang bersama dan haruslah bertimbang rasa.
Seorang isteri yang tidak mahu namanya didedahkan telah membuat luahan perasaan di laman sosial FB.
Ini kerana suaminya teramatlah kedekut tahi hidung masin.
Jom baca:
Salam warga KRT, saya sedih laa..suami saya terlalu kedekut dengan saya.
Saya tiada kereta, kalau apa apa saya pinjam kereta suami. Tapi contoh kalau saya cakap nak pergi klinik, klinik saja saya boleh pegi. Lepastu balik. Dia tahu kalau saya merayap tempat lain. Sebab dia tengok millage.
Dia pergi kerja mesti dia akan call “ada naik kereta dia tak” bila dia balik keje belum bukak baju dia akan tanya ” ada naik kereta harini?”.
Kadang kadang saya diam, kadang kadang saya sakit hati saya menjawab jugak sampai jadi gaduh. Pernah sekali sebab kereta dia pkul saya.
Baru baru ni phone saya hilang, saya nak pinjam phone dia nak call mak saya. Dia tak bagi. Kalau isteri orang lain tak payah nak minta izin bagai.
Kalau isteri orang lain, harta suami dah jadi harta dia. Kadang kadang saya sedih. Taktahu kenapa.
Untuk benda lain dia suami yang terbaik. Tapi untuk satu hal ni saya jadi menyampah dengan cara dia. Kalau naik kereta dia tak boleh makan apa-apa, takut tumpah.
Pernah saya mengandung 5 bulan, naik bas ja. Bukan satu tmpat tu kat bus station tu. Saya kena jalan kaki jauh . Padahal , kalau kereta dia ada prob ke saya yang tanggung, sungguhpun tak bekerja . Eee tak tahu laaaaa, sakit hati.
Itulah luahannya yang menajdi tumpuan ramai di laman FB “Kisah Rumah Tangga”. Apa pandangan korang? -PENMERAHDOTCOM
The post Isteri Luah Perasaan Suami Terlalu Kedekut, Sampai Pinjam Telefon Dan Kereta Pun Tak Bagi appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2gs2V5f via IFTTT
0 comments:
Post a Comment