Kenapa Pakatan Harapan Membuli Rakyat?

loading...
Susulan kekalahan PH di Cameron Highlands baru-baru ini yang jelas menggambarkan rakyat mula tidak berapa gembira terhadap kerajaan sedia ada, banyak pihak bersuara agar tindakan segera diambil untuk menanganinya.

Pakatan Harapan Membuli Rakyat

Dalam sekian banyak suara dan kritikan yang kedengaran itu, yang paling menonjol disuarakan ialah agar kerajaan segera menunaikan janji-janji manifesto dalam PRU14 yang lalu.

Termasuk yang bersuara ini ialah Anwar Ibrahim, pemimpin yang bakal menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad dengan berkata, “Pakatan Harapan perlu berusaha lebih gigih memenuhi janji manifesto PRU14, peka terhadap kegelisahan rakyat berkaitan ekonomi dan kos sara hidup”.

Dr. Rais Yatim, Pengerusi Majlis Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan pula menggariskan empat cara untuk PH menang PRK Semenyih pada 2 Mac 2019 depan - tutup tol, turunkan harga minyak, tunaikan janji kepada peneroka Felda dan adakan stok penimbal untuk beras, tepung, minyak masak dan susu bagi kanak-kanak.

Janji Dicapati

Rata-rata nampaknya senada bahawa punca kemerosotan sokongan kepada PH ialah kerana banyak janji gagal ditunaikan, malah sesetengah pemimpinnya memberi alasan yang seolah-olah sengaja diada-adakan.

Lebih buruk dan memalukan ialah apabila Tun Mahathir sendiri selaku Perdana Menteri dengan tanpa rasa berdosa boleh berkata, buku Harapan yang mengandungi janji-janji itu bukanlah kitab suci yang wajib ditunaikan serta dirangka dengan kepercayaan PH tidak akan menang pilihanraya.

Dulu sebelum pilihanraya kenapa tidak berani bercakap begitu?

Kini, dengan kekalahan PH di Cameron Highlands, malah tidak mustahil akan kalah juga di Semenyih, tuntutan terhadap perlaksanaan janji-janji itu semakin kuat bergema di mana-mana.

Realitinya, janji adalah wajib ditunaikan dan dalam Islam sendiri menyebut mereka yang memungkiri janji adalah munafik hukumnya.

Selain bersetuju dengan Dr. Rais agar janji berkaitan tol, harga minyak, hutang Felda segera dilaksanakan dan diwujudkan stok penimbal bagi bagi mengawal barang keperluan rakyat, sebenarnya terdapat beberapa lagi perkara yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan, bukan saja untuk menang di Semenyih, tapi juga untuk memastikan PH terus kekal berkuasa.

Berkaitan penghapusan tol, kerajaan tiada alasan lagi untuk menangguh-nangguhkanya kerana itu disebut dengan jelas dalam manifesto dan oleh kebanyakan pemimpin PH ketika berkempen dahulu, malah ia juga mendorong rakyat untuk berubah kerana dengan tiada tol, banyak kos kehidupan akan berkurang dengan sendirinya.

Lim Guan Eng misalnya dengan jelas menyalahkan berterusannya kutipan tol yang membebankan rakyat adalah disebabkan kerajaan BN yang menyambung kontrak konsesi, sambil berkata jika PH berkuasa mereka akan segera membatalkannya.

Bukankah sekarang kuasa sudah dalam genggaman, mahu tunggu apa lagi?

Tentang hutang Felda yang dijanji mahu dihapuskan, ia juga terkandung dalam janji 100 hari PH, malangnya setelah hampir sembilan bulan berkuasa, masih juga tiada apa-apa bayangnya lagi.

Dalam konteks Felda, harus diingat daripada 54 kawasan Parlimen yang ada tanah rancangan Felda, 19 daripadanya dapat ditawan oleh PH pada PRU14 lalu adalah berikutan janji menghapuskan hutang yang dihamburkan itu.

Tun Mahathir dalam hal ini patut malu kerana gagal menunaikan janji itu sehingga sekarang kerana berbanding Bersatu yang hanya menang 13 kerusi Parlimen dalam PRU14 lalu, peneroka Felda sebaliknya telah menyumbang 19 kerusi Parlimen kepada PH.

Bahaya Berbohong Kepada Anak Muda

Selain memansukan kutipan tol dan menghapuskan hutang peneroka, satu lagi janji manifesto yang mesti ditunaikan segera oleh PH ialah berkaitan PTPTN yang mana telah dijanjikan hutang hanya perlu dibayar jika pendapatan peminjam melebihi RM4000 sebulan.

Mesti disedari bahawa anak-anak muda mengundi PH untuk menumbangkan BN ialah kerana adanya atau terpengaruh dengan janji tersebut.

Tanpa janji itu, tidak mungkin anak-anak muda berduyun-duyun mengundi PH dan untuk mengekalkan sokongan mereka, tiada pilihan dan tanpa banyak alasan lagi bahawa janji itu mesti dilaksanakan segera.

Menteri Bodoh Sombong

Faktor seterusnya ialah Tun Mahathir mesti juga mengawal dan menasihati menteri-menteri daripada bercakap merapu atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menyakiti hati rakyat.

Antara perkara yang menyebabkan rakyat sakit hati sekarang ialah, adanya menteri yang mengumumkan kemungkinan kenaikan tarif api dan air, terlalu bertegas terhadap perokok sehingga tidak cukup dengan jarak 3 meter yang dikuatkuasakan, kini mahu diletakkan pula pengesan asap di tandas.

Kenapa suka sangat bercakap isu yang membuli rakyat, tetapi tidak bertegas dengan janji manifesto?

Rakyat bagaimanapun mungkin tidak sakit hati sangat jika cakap-cakap begitu diluahkan setelah sebahagian besar janji pilihanraya sudah pun ditunaikan.

Ini tidak, janji tidak juga ditunaikan tapi lebih sibuk nak naikkan itu dan ini dan menguatkuasakan larangan yang bukan-bukan terhadap rakyat.

Satu lagi perkara yang menimbulkan rasa tidak senang rakyat terhadap PH dan kepimpinan Tun Mahathir, khususnya generasi muda ialah wujudnya kembali pengaruh serta peranan Tun Daim Zainuddin dalam pentadbiran kerajaan.

Tun Daim dikatakan masih berperanan penting, bukan saja kerana hubungan peribadi beliau dengan Perdana Menteri dan kedudukannya sebagai Pengerusi Majlis Penasihat kepada kerajaan yang dipimpin oleh Tun Mahathir (anggota majlis penasihat ini hanya tinggal Tun Daim seorang saja lagi), tetapi juga berikutan Penasihat Khas Ekonomi Perdana Menteri sendiri iaitu Dr. Mohamad Khalid adalah adik iparnya juga.

Sebelumnya Dr. Mohamad Khalid adalah Ketua Sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerusikan oleh Tun Daim.

Diperkatakan juga beberapa pengerusi GLC seperti Felda, Tabung Haji dan Amanah Raya adalah turut terdiri daripada mereka yang digelar “budak-budak Daim” belaka.

Terdapat juga rungutan daripada dalam Bersatu sendiri yang mendakwa nama mereka dipotong daripada menerajui beberapa agensi kerajaan kerana tidak dipersetujui oleh Tun Daim, meskipun sudah dipilih oleh menteri yang berkaitan.

Dengan kata mudah, jika PH dan Tun Mahathir dapat melakukan 5 perkara ini - memansuhkan tol, menghapuskan hutang peneroka Felda, menetapkan hutang PTPTN hanya wajib dibayar jika peminjam bergaji RM4000 sebagaimana yang dijanjikan dalam Buku Harapan, ditambah dengan menteri-menteri tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang menyakiti hati rakyat dan membebaskan kerajaan daripada pengaruh Tun Daim - bukan saja Semenyih mudah dimenangi, bahkan BN pun takkan mampu untuk bangkit kembali.

Apa pilihan PH sekarang?

Tunaikan janji yang pernah diikrarkan, jangan buli rakyat, mungkin kalah di Semenyih dan bersedialah menjadi pembangkang dalam pilihanraya yang akan datang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: shahbudind

from SentiasaPanas http://bit.ly/2I8PCW9 via IFTTT
SHARE

Author

Hi, Its me Hafeez. A webdesigner, blogspot developer and UI/UX Designer. I am a certified Themeforest top Author and Front-End Developer. I'am business speaker, marketer, Blogger and Javascript Programmer.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

loading...